Immediate Family
-
daughter
-
daughter
-
daughter
-
daughter
About Sultan 'Omar 'Ali Saifuddin I ibni Sultan Muhammad 'Alauddin (Sultan Brunei ke18: 1740-78)
18. SULTAN 'OMAR 'ALI SAIFUDDIN I (TM 1740-1778)
Baginda adalah Sultan 'Omar 'Ali Saifuddin I [Sultan Brunei ke-19, 1740-1778]. Baginda merupakan putera kedua dengan membawa gelaran Pg Muda Tengah Omar Ali Saifuddin, putera kepada Al-Marhum Sultan Muhammad 'Alauddin dengan pasangan baginda Pg Babu Sri Banun (puteri kepada Pg Bendahara Pg Anak Untong ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jalilul Jabbar). Baginda naik takhta pada tahun 1740 di usia yang paling muda. Baginda juga mempunyai kepimpinan yang bijaksana dalam pentadbiran sama seperti Sultan sebelum ini iaitu ayahanda mertua baginda (Sultan Hussin Kamaluddin) kerana baginda banyak menerima nasihat dan pengetahuan dari Begawan Sultan Hussin Kamaluddin. Setelah Sultan 'Omar 'Ali Saifuddin I menaiki takhta kerajaan, mana-mana pesisir Brunei yang terbiar akibat Perang Saudara (Perang Pulau Chermin) yang berlaku di antara tahun 1661-1673 itu telah diselidiki oleh baginda dengan menghantar utusan ke wilayah-wilayah tersebut untuk merapatkan hubungan Brunei dengan negeri-negeri yang berkenaan. Tetapi nampaknya usaha yang baginda jalankan itu banyak menempuh berbagai-bagai kesukaran, kerana pada masa itu pengaruh kuasa barat telah mula berkembang di seluruh Kepulauan Alam Melayu, termasuk kawasan yang di utara Pulau Brunei (Borneo), iaitu kawasan pulau-pulau yang dahulunya dikuasai oleh Brunei seperti yang disebutkan oleh P. Collin pada tahun 1663 (kenyataan ini terdapat daripada sepucuk surat yang didapati oleh penulis di India Office Library, London pada tahun 1957), telah dikatakan oleh orang Sepanyol pada tahun 1705 adalah termasuk dalam wilayah yang dikuasai oleh mereka, manakala orang Suluk pula mendakwa daerah atau wilayah tersebut adalah batas kawasan mereka.
Menurut Dato Imam Yaakub, wilayah yang dipertikaikan oleh orang Sepanyol dan orang Suluk itu seperti Saludang (Luzon) dan Cagayan adalah takluk ke Brunei dan menghantar ufti tiap-tiap tahun, demikian juga Pulau-Pulau Kermian takluk ke Brunei dan menghantar ufti tiap-tiap tahun. Tetapi dengan tipu muslihat orang Sepanyol, pesisir itu kononnya telah dikuasai oleh mereka. Maka untuk mengelirukan kedua-dua belah pihak negeri berjiran Suluk dan Brunei, orang Sepanyol telah menjalankan berbagai-bagai provokasi untuk memecah-belahkan kedua-dua belah pihak Suluk dan Brunei supaya bermusuhan. Demikian juga untuk menyakitkan hati orang Brunei, pada masa orang Suluk mengatakan Paragua sebagai kepunyaan Suluk, maka Sepanyol telah menawarkan Pulau Palawan sebagai tukarannya. Kemudian tidak puas dengan apa yang telah dilakukannya itu, selaku sifatnya talam dua muka, maka orang Sepanyol telah memberitahu Sultan 'Omar 'Ali Saifuddin I, bahawa sultan Suluk bernama Don Fernando (Sultan Alimuddin I) telah mengkhianati Brunei di bahagian sebelah utara Brunei. Mereka meminta supaya Sultan 'Omar 'Ali Saifuddin I menghalau orang Suluk yang mendiami wilayah tersebut. Di samping itu sebagai balasan terhadap maklumat yang telah diberi oleh orang Sepanyol itu, mereka meminta supaya Sultan 'Omar 'Ali Saifuddin I menyerahkan Balabak dan Palawan kepada mereka. Tetapi mereka hampa kerana Sultan 'Omar 'Ali Saifuddin I tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap pengaduan itu, sebab Sultan 'Omar 'Ali Saifuddin I tahu akan niat jahat orang Sepanyol itu hendak melaga-lagakan kedua-dua buah negeri berjiran itu, iaitu apabila kedua-dua kuasa Suluk-Brunei lemah dan berpecah belah senanglah mereka (Sepanyol) menyampaikan maksud dan cita-cita mereka untuk menguasai tempat tersebut. Sebenarnya, pesisir atau wilayah Brunei di sebelah utara Brunei yang dipertikaikan itu adalah pesisir atau wilayah yang kaya dengan bahan-bahan berharga seperti emas, sarang burung, mutiara dan rempah-ratus, dan orang Inggeris ketika itu belum lagi sampai ke sana. Pada tahun 1761, Alexandra Dalyrample, seorang pegawai kanan Syarikat Hindia Timur Inggeris telah sampai di Suluk, dan telah berjaya membuat perjanjian persahabatan dan perdagangan dengan Sultan Suluk, Sultan Bantilan Muhammad Muizzaddin. Bagi Dalyrample tujuan perjanjian yang dibuatnya itu adalah untuk menyalurkan kuasa Inggeris ke atas Suluk, di samping untuk memperlihatkan kepada orang Suluk akan kebaikan orang Inggeris berbanding dengan orang Sepanyol.
Ketika di Suluk, selain menjalankan perdagangan dengan orang-orang Suluk dan ahli-ahli perniagaan yang datang ke pelabuhan Suluk, Dalyrample juga bekerja keras membuat penyelidikan mengenai Suluk dan persekitarannya, daripada penyelidikan itu Dalyrample mendapat tahu bahawa Suluk dan persekitarannya merupakan wilayah yang mempunyai khazanah yang bernilai, ia berpendapat jika harta benda itu berjaya dibawa ke England tentu akan mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda. Pada tahun 1762, sungguhpun Dalyrample berjaya mendapatkan kuasa ke atas Balambangan daripada Sultan Bantilan Muhammad Muizzaddin untuk dijadikan tapak sebuah penempatan dan kilang untuk Syarikat Hindia Timur Inggeris, tetapi ia belum puas hati untuk mendapatkan kuasa yang lebih ke atas Suluk. Oleh kerana Sultan Bantilan Muhammad Muizzaddin, Datuk-Datuk dan orang-orang Suluk susah hendak dipengaruhinya, maka iapun mengalihkan pandangannya kepada Sultan Alimuddin I (Don Fernando) yang ketika itu sedang ditahan di penjara Port Santiago untuk menyampaikan hajatnay menguasai Suluk. Setelah Inggeris menduduki Manila pada tahun 1762, Dalyrample alias Inggeris telah berjaya mengeluarkan Sultan Alimuddin I (Don Fernando) daripada penjara dan bersama-sama pengiring orang Inggeris baginda berangkat balik ke Suluk, baginda pun ditabalkan semula menjadi Sultan Suluk termasyhur dengan gelaran 'Amirul Mo'minin'. Maka sebagai balasan terhadap jasa Dalyrample (Inggeris) mengeluarkan baginda daripada penjara dan seterusnya mengembalikan semula baginda menjadi Sultan Suluk, maka pada tahun 1764 baginda telah menandatangani sebuah perjanjian dengan Dalyrample yang menyatakan bahawa baginda bersetuju menyerahkan kuasanya di kawasan utara Brunei (Borneo) dari Towsan Abai (Terusan Abai) hingga ke Kumanus (Kimanis) kepada pihak Inggeris (Syarikat Hindia Timur Inggeris). Apabila perjanjian Dalyrample dengan Sultan Alimuddin I (Don Fernando) pada tahun 1764 yang melibatkan pesisir di bawah kuasa Brunei itu diketahui oleh orang Sepanyol, maka perkara tersebut telah diambil kesempatan oleh orang Sepanyol, maka perkara tersebut telah diambil kesempatan oleh orang Sepanyol, mereka telah menghantar utusan ke Brunei untuk mengadap Sultan 'Omar 'Ali Saifuddin I menyembahkan kepada baginda bahawa Sultan Alimuddin I (Don Fernando) telah menyerahkan kawasan dan pesisir Brunei di utara Pulau Brunei (Borneo) dari Kimanis di sebalah utara Pulau Brunei (Borneo) Towsan Abai (Terusan Abai) di Timur Laut bersama-sama dengan pulau-pulau yang terletak di utara, termasuk Palawan dan Balambangan yang dikatakan sebagai haknya kepada Inggeris (Syarikat Hindia Timur Inggeris).
Ketika hayat Sultan 'Omar 'Ali Saifuddin I, baginda dikatakan seorang panglima dan setelah mendengar perkhabaran perbuatan jahat yang dilakukan oleh Sultan Alimuddin I (Don Fernando) itu sampai ke pengetahuan baginda, baginda pun murka, malah pada tahun 1769 lalu baginda memerintahkan angkatan bersenjata Brunei yang diketuai oleh Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Awg Aliwaddin bin Manteri Omar menyerang Manila dan berhasil menduduki Manila. Angkatan Brunei (yang diketuai oleh Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Awang Aminuddin untuk menyerang Manila itu hanya dapat disiapkan selepas lima tahun daripada tarikh perjanjian yang telah dibuat oleh Sultan Alimuddin I-Dalyrample (Inggeris) pada tahun 1764) yang diketuai oleh Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Awang Aliwaddin sampai di Manila pada tahun 1769 dan berajaya mengalahkan Manila, tetapi orang yang diserang itu bukan lagi Sultan Alimuddin I dan Dalyrample kerana Sultan Alimuddin I telah berangkat balik ke Suluk, dan Manila waktu itu telah diperintah semula oleh orang Sepanyol. Dengan kata lain, angkatan Brunei yang menyerang Manila itu bukan pula menyerang Sultan Alimuddin I dan Dalyrample (Inggeris), tetapi menyerang orang Sepanyol yang telah melaga-lagakan itu, kelambatan tindakan ini disebabkan oleh lamanya pihak Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Awang Aliwaddin membuat persiapan angkatan Brunei tersebut. Adalah diriwayatkan, pada masa Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Awang Aliwaddin dan orang-orangnya mendarat di Manila, pada tahun 1769 itu, mereka telah dihujani oleh peluru yang datangnya bertalu-talu, namun demikian dengan izin Allah Subhanahu wa Ta'ala sedikit pun tidak memberi kesan, dan mereka berjaya menakluki Manila, serta memperolehi/membawa harta rampasan termasuk 20 orang tawanan. Kisah perlanggaran terhadap Manila ini dicatatkan juga dalam sejarah FIlipina, cuma riwayat itu tidak menyatakan angkatan itu datang dari Brunei, hanya dikatakan iaitu pada tahun 1769 orang Islam telah menyerang Manila, dan mereka telah merampas/membawa harta benda termasuk 20 orang tawanan.
Perkhabaran angkatan Brunei hendak menyerang Sultan Alimuddin I di Manila itu mungkin kedengaran juga kepada orang-orang Suluk atau Sultan Alimuddin I sendiri. Kerana itu pada masa angkatan Brunei yang diketuai oleh Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Awang Aliwaddin balik ke Brunei, angkatan Brunei itu telah dibubut oleh beberapa buah dampang (sejenis perahu layar orang Suluk) orang Suluk. Apabila keadaan tersebut diketahui oleh Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Awang Aliwaddin yang menurut firasat dan pemerhatiannya bahawa dampang-dampang yang menguyung itu nampaknya seolah-olah musuh, maka Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Awang Aliwaddin pun berdoa dengan menggunakan sejenis bacaan memohon kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala meminta lepaskan daripada bala bencana yang akan menimpa. Selepas membaca bacaan doa itu lalu tangannya pun diisyaratkan kepada dampang-dampang tersebut seolah-olah hendak membinasakan atau memusnahkannya, dan dengan takdir Allah semua dampang itu pun binasa, tidak dapat belayar lagi. Dengan demikian angkatan Brunei pun terselamat, terus belayar balik ke Brunei. Disebutkan, sejak Dalyrample alias Syarikat Hindia Timur Inggeris mendapat surat perjanjian pengesahan penyerahan terhadap wilayah di sebalah utara Pulau Borneo termasuk Balambangan daripada Sultan Alimuddin I, Syarikat Hindia Timur Inggeris pun mendirikan kilang tempat menyimpan barang-barang dagangan, rumah pegawai dan kakitangan Syarikat Hindia Timur Inggeris di Balambangan. Oleh kerana sikap pegawai-pegawai Syarikat Hindia Timur Inggeris itu sombong dan tidak menghormati tatasusila orang Suluk, ditambah pula oleh sikap fanatik orang Suluk yang tidak menyukai orang asing di tanah air mereka, maka kerana tidak tertahan lagi terhadap penghinaan yang terus-menerus dilemparkan oleh pegawai-pegawai Syarikat Hindia Timur Inggeris kepada orang-orang Suluk dan keluarga Diraja Suluk, maka pada tahun 1775, orang-orang Suluk diketuai oleh Datu Teteng telah menyerang Balambangan, dan berjaya merampas barang-barang yang berharga yang ada di situ.
Setelah Balambangan jatuh ke tangan Datu Teteng dan orang-orangnya, maka kakitangan Syarikat Hindia Timur Inggeris yang terselamat diketuai oleh John Herbert telah berlepas lari ke Labuan dengan sehelai sepinggang. Ketika berteduh di Labuan, pada bulan April 1775, John Herbert dan orang-orangnya telah pergi ke Brunei untuk mencari ikhtiar hendak menahan serangan Suluk itu, kerana nama Brunei ketiak itu termasyhur dan disegani dalam kalangan orang-orang Suluk. Pada masa John Herbert mengadap Sultan 'Omar 'Ali Saifuddin I itu, ia telah bertadang sembah meminta supaya Pulau Labuan diserahkan kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris untuk dijadikan penempatan pusat perniagaan mereka bagi menggantikan Balambangan. Tetapi permintaan ini tidak diperkenankan oleh Sultan 'Omar 'Ali Saifuddin I. Akhirnya, pada bulan November 1775 atas arahan pihak Syarikat Hindia Timur Inggeris John Herbert pun balik ke London. Diceritakan, sejak tuntutan orang Suluk selepas Perang Saudara atau Perang Pulau Chermin pada tahun 1661-1673 itu ditolak oleh Sultan Muhyiddin. Maka di atas kemenangan Datu Teteng dan orang-orangnya di Balambangan pada tahun 1775 itu telah dijadikan oleh orang-orang Suluk sebagai kayu pengukur terhadap kebolehan dan kekuatan mereka, maka pada tahun 1775 itu juga satu angkatan Suluk diketuai oleh Datu Teteng telah datang ke Brunei untuk menghadapkan tuntutan yang sama. Tatkala angkatan Suluk tersebut sampai di Muara, mereka pun telah menghantar utusan mengadap Sultan 'Omar 'Ali Saifuddin I, berpura-pura hendak menjunjung mengambil air minum di Subuk, tetapi maksud mereka yang sebenarnya, di samping hendak merundingkan tuntutan mereka ke atas wilayah Brunei yang terletak di sebuah utara Pulau Brunei (Borneo), mereka juga hendak membuat kekacauan di perairan di sebelah utara Pulau Brunei, kerana Datu Teteng itu adalah seorang yang termasyhur gagah dan ditakuti.
Selaku seorang Sultan yang bijaksana, Sultan 'Omar 'Ali Saifuddin I dapat memahami maksud untuk menjunjung air minum di Subuk itu adalah sebagai tipu helah untuk menyerang Brunei, maka Sultan 'Omar 'Ali Saifuddin I pun menitahkan ayahanda saudara baginda Pg Temenggong Pg Ampa ibni Pg Digadong Pg Muda Shah Mubin mengeluari angkatan Suluk dengan diiringi oleh beberapa buah jenis perahu kenaikan Diraja Brunei (garai). Dengan keberanian dan kegagahan Pg Temenggong Pg Ampa yang luar biasa ini, angkatan Suluk yang diketuai oleh Datu Teteng ini dapat ditundukkan dan diundurkan. Menurut ceritanya, pada masa angkatan Brunei yang diketuai oleh Pg Temenggong Pg Ampa itu mengeluari, angkatan Suluk itu sedang berlabuh di Kuala Brunei. Ketika garai kenaikan Pg Temenggnog Pg Ampa itu hendak berapatan dengan perahu Datu Teteng, Pg Temenggong Pg Ampa pun merejamkan lembingnya, dan terus memacak di tiang layar perahu ketua angaktan Suluk itu tanpa dapat dicabut. Maka pada masa kelam kabut itu juga secepat kilat dengan menggunakan 'tanggar' (galah) Pg Temenggong Pg Ampa telah melompat ke perahu Datu Teteng, ketua angaktan Suluk. Pada masa Pg Temenggong Pg Ampa melompat itu, orang Suluk tercengang-cengang (takjub) kerana pada penglihatan mereka, badan Pg Temenggong Pg Ampa itu bercahaya-cahaya. Sampai sahaja Pg Temenggong Pg Ampa di perahu ketua angkatan Suluk itu, Pg Temenggong Pg Ampa terus mencebut kerisnya, dan dengan suara nyaring ia pun bersabda: "Jika orang Suluk hendak minum air Subuk, di hujung keris inilah tempatnya." Memandang kepada keberanian dan kegagahan Pg Temenggong Pg Ampa itu, orang Suluk, khususnya Datu Teteng akhirnya tunduk dan menyerah kalah. Kemudian setelah orang Suluk itu berikrar mengaku tewas, Pg Temenggong Pg Ampa pun menyuruh orang Suluk melucutkan 'celananya' (seluarnya), dan digantikan dengan hanya memakai kain sahaja. Setengah riwayat menceritakan, sebelum Datu Teteng dan angkatannya balik ke Subuk, hasrat mereka hendak minum air Subuk itu dibenarkan juga oleh Pg Temenggong Pg Ampa. Maka berdasarkan kisah ini menunjukkan bahawa kawasan atau pesisir Brunei yang di sebelah utara Pulau Brunei (Borneo) yang dituntut oleh Suluk itu tidak pernah dikabulkan. Ini bersesuaian dengan riwayat yang diceritakan oleh Thomas Stamford Raffles bahawa pesisir Brunei yang di utara Pulau Brunei (Borneo) yang dituntut oleh Suluk itu sebenarnya adalah kawasan pesisir kepunyaan Brunei.
Baginda pernah memberi peluang kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris dalam perdagangan lada hitam di Pulau Balambangan, Sabah dengan syarat mereka melindungi kepentingan Brunei dari gangguan orang-orang lanun dari Sulu dan Mindanao. Harapan ini adalah untuk meletakkan semula kedudukan Brunei sebagai pusat perdagangan yang terpenting dengan cara menyakinkan pedagang-pedagang asing untuk datang berdagang ke Brunei. Baginda akhirnya turun takhta pada tahun 1778 dan menyerahkan kepada anakanda baginda (Pg Muda Besar Muhammad Tajuddin) menjadi Timbalan Sultan. Ketika itu Pg Muda Besar Muhammad Tajuddin naik menjadi Sultan tetapi belum ditakhtakan maka anakanda baginda membawa gelaran Yang Di-Pertuan Muda dan menjadi Sultan Muhammad Tajuddin. Baginda pun memegang gelaran menjadi Yang Di-Pertuan Besar namun baginda masih Sultan dan Yang Di-Pertuan sehingga baginda mangkat pada tahun 1795.
Menurut catatan sejarah iaitu kira-kira penghujung tahun 1700, zaman pemerintahan Sultan 'Omar 'Ali Saifuddin I, di wilayah Sabah, bertempat di sekitar Manggatal telah terjadi kekacauan, iaitu orang-orang Belangingih dan Illanun bermaharajalela di perairan Sabah khususnya di Manggatal, sehingga rakyat dan penduduk di sana susah hendak mencari nafkah. Maka untuk mengatasi masalah ini, Pg Temenggong Raja Tua 'Abdul Momin Amirul Faza (ibni Pg Bendahara Pg Anak Untong ibni Sultan 'Abdul Jalilul Jabbar) pun dititahkan berangkat ke sana untuk mengamankan. Setelah berada di Sabah, dengan izin Allah, berkat kepintaran, kegagahan dan ketekunannya menangani perkara itu, orang Belangingih dan Illanun yang merompak dan menyamun di wilayah itu pun dapat ditumpaskan. Rakyat dan penduduk Sabah khususnya di Manggatal pun kembali hidup dalam suasana yang aman tenteram. Pada masa hayat baginda, Sultan 'Omar 'Ali Saifuddin I ini telah mendirikan rumah tangga dengan Raja Isteri Noralam binti Sultan Husin Kamaluddin berputerakan Pg Muda Muhammad Tajuddin (menjadi Sultan Muhammad Tajuddin). Apabila Raja Isteri Noralam lindung, baginda telah meminang adinda Raja Isteri Noralam yang bernama Pg Anak Puteri binti Sultan Husin Kamaluddin. Diceritakan, pinangan tersebut baru akan diterima oleh Pg Anak Puteri dengan syarat Sultan Omar Ali Saifuddin I akan berpuspa sekali lagi bersama-samanya. Permintaan ini dipersetujui oleh Sultan Omar Ali Saifuddin I. Hasil perkahwinan dengan Raja Isteri Pg Anak Puteri ini, baginda berputerakan Pg Muda Muhammad Kanzul 'Alam yang terkenal dengan nama Pg Digadong Ayah dan kemudian menjadi Sultan Muhammad Kanzul Alam. Selain daripada itu, dengan isteri baginda Cik Wan Puteh binti Syeikh Abd Rahman dari Pulau Pinang, baginda berputerakan Pg Shahbandar Pg Anak 'Abdul Wahab. Di samping itu, baginda juga mempunyai ramai putera-puteri yang tidak gahara antaranya Pg Anak Siti Aishah, Pg Kerma Indera Pg Anak Apong, Pg Anak Saleha, Pg Kesuma Negara, Pg Anak Abdul Karim, Pg Anak Babu Siti Khadijah dan Pg Shaharbanun.
Baginda juga merupakan Sultan yang mula-mula dimakamkan di kawasan Makam Diraja Brunei. Sejak itu semua sultan-sultan Brunei yang terkemudian dimakamkan di kawasan ini. Oleh itu baginda termasyhur dengan gelaran Marhum Makam Besar. Menurut inskripsi di batu nisan makam Sultan 'Omar 'Ali Saifuddin I mengatakan bahawa baginda lindung pada 22 Zulhijjah 1207 Hijrah bersamaan 10 Julai 1795 Masihi, tetapi berdasarkan maklumat yang didapati daripada inskripsi di batu nisan seorang wanita bangsawan yang bernama Siti Raniah di kawasan Perkuburan Dagang, Jalan Residency di Bandar Seri Begawan, bahawa sebelum lindung baginda telah menurunkan diri dari takhta kerajaan dan menyerahkan takhta tersebut kepada putera gahara baginda Pg Muda Muhammad Tajuddin, kerana berdasarkan inskripsi batu nisan di perkuburan Dagang kepunyaan Siti Raniah itu menyatakan, "Siti Rania ibin (ibni?) Bendahari Ali ... telah kembali dari negeri fana ke negeri yang baqa ... hari Selasa kepada tahun Ba, kepada Hijrah Nabi 1192 tahun dalam Kerajaan Sultan Muhammad Tajuddin". Maka berdasarkan inskripsi batu nisan Siti Raniah yang bertarikh tahun 1192 Hijrah bersamaan tahun 1778 Masihi itu Siti Raniah meninggal dunia dalam zaman pemerintahan Sultan Muhammad Tajuddin pada tahun 1778 Masihi, menunjukkan Sultan Muhammad Tajuddin menaiki takhta kerajaan sebelum tahun 1778 Masihi, dan ayahanda baginda Sultan Omar Ali Saifuddin I menyerahkan takhta kerajaan itu kepada anakanda baginda Sultan Muhammad Tajuddin sebelum baginda lindung pada tahun 1795 Masihi.
والله أعلمُ
http://www.history-centre.gov.bn/sultanbrunei.htm
Sultan Omar Ali Saifuddien I (TM 1740-1795)
Baginda naik takhta pada tahun 1740. Pada tahun 1775, menitahkan Pengiran Temenggong Pengiran Ampa mengeluari angkatan Suluk yang diketuai oleh Datu Teting yang hendak melanggar Brunei dan berjaya mengalahkannya. Baginda lindung pada tahun 1795.
royalark.net - brunei7
1740 - 1795 H.H. Paduka Sri Sultan Omar 'Ali Saif ud-din I ibni al-Marhum Sultan Muhammad Ala ud-din [al-Marhum Makam Besar], Sultan and Yang di-Pertuan Besar of Brunei Dar us-Salam. b. before 1730, second son of H.H. Paduka Sri Sultan Muhammad 'Ala ud-din ibni Pangiran di-Gadong Pangiran Shah Mubbin, Sultan and Yang di-Pertuan of Brunei Dar us-Salam, by his first wife, Y.A.M. Pangiran Babu Sri Banum, daughter of Y.A.M. Paduka Sri Pangiran Bendahara Sri Maharaja Permaisuara Pangiran Untong, educ. privately. A great warrior, he invaded the Philippines and took Manila in 1769. Abdicated his administrative powers in favour of his eldest son, whom he appointed as deputy ruler 1780. Thereafter styled Yang di-Pertuan Besar until his death. m. (first) H.H. Paduka Sri Raja Istri Pangiran Anak Putri, second daughter of H.H. Paduka Sri Sultan Husain Kamal ud-din Malik al-Zahir ibni al-Marhum Sultan Haji Muhammad 'Ali, Sultan and Yang di-Pertuan of Brunei Dar us-Salam. m. (second) H.H. Paduka Sri Raja Istri Pangiran Anak Nur Alam, younger daughter of H.H. Paduka Sri Sultan Husain Kamal ud-din Malik al-Zahir ibni al-Marhum Sultan Haji Muhammad 'Ali, Sultan and Yang di-Pertuan of Brunei Dar us-Salam. m. (third) Y.A.M. Pangiran Istri Bongsu, widow of Y.A.M. Duli Pangiran Pemancha Sahib ul-Rai' wa ul-Mushuarat Pangiran Anak Kasim, and daughter of H.H. Paduka Sri Sultan Husain Kamal ud-din Malik al-Zahir ibni al-Marhum Sultan Haji Muhammad 'Ali, Sultan and Yang di-Pertuan of Brunei Dar us-Salam. m. (fourth) Y.M. Wan Puteh. He d. at Brunei Town, 10th July 1795 (bur. at the Royal Mausoleum, Jalan Khutbah Makam di-Raja), having had issue, six sons and a daughter.
Pg Anak Kasim adalah putera kepada Al-Marhum Sultan Muhammad 'Alauddin [Sultan Brunei ke-17, 1730-1737] dengan pasangan baginda yang bukan gahara. Semasa hayatnya Pg Anak Kasim telah di arak menjadi Pg Pemancha ketika pemerintahan ayahandanya Sultan Muhammad 'Alauddin [Sultan Brunei ke-17, 1730-1737]. Diriwayatkan juga, Pg Pemancha Pg Anak Kasim ini pernah berkahwin dengan Pg Isteri Pg Anak Puteri Bongsu dan beranakkan antara lain Pg Anak Saleha.
والله أعلمُ
About Sultan 'Omar 'Ali Saifuddin I ibni Sultan Muhammad 'Alauddin (Sultan Brunei ke18: 1740-78) (Malay)
Sultan Brunei Ke 19
Sultan 'Omar 'Ali Saifuddin I ibni Sultan Muhammad 'Alauddin (Sultan Brunei ke18: 1740-78)'s Timeline
1711 |
February 3, 1711
|
||
1795 |
July 10, 1795
Age 84
|
||
???? | |||
???? | |||
???? | |||
???? | |||
???? | |||
???? | |||
???? | |||
???? |