Immediate Family
-
daughter
-
daughter
-
daughter
-
daughter
-
daughter
-
daughter
-
son
About Sultan Muhammad Jamalul 'Alam II [Sultan Brunei ke-26, 1906-1924]
26. SULTAN MUHAMMAD JAMALUL ALAM II (TM 1906-1924)
Baginda adalah Sultan Muhammad Jamalul Alam II ibni Al-Marhum Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin dan merupakan Sultan Brunei ke-26, [1906-1924]. Baginda adalah putera ketiga kepada Al-Marhum Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin dengan pasangan baginda Pg Isteri Fatimah binti Raden Hj Osman. Apabila ayahanda baginda mangkat pada tahun 1906, baginda naik takhta Kerajaan Brunei apabila kekanda-kekanda baginda (Pg Muda Besar Pg Omar Ali Saifuddin dan Pg Muda Tengah) telah mangkat beberapa tahun sebelum itu. Sebelum naik menjadi Sultan, baginda dikenali sebagai Pg Muda Bongsu Muhammad Alam. Akan tetapi pada ketika itu baginda hanya berumur 17 tahun maka Kerajaan Brunei telah diambil alih oleh Majlis Pemangku Raja (Council of the Regency). Oleh kerana waktu naik takhta itu, usia baginda masih muda, maka Pg Bendahara Pg Anak Muhammad bin Pg Anak Tajuddin dan Pg Pemancha Pg Anak Muhammad Salleh II bin Pg Maharaja Lela Pg Anak Abd Kahar, telah dilantik menjadi pemangku dan penggimbar baginda. Lantikan ini berjalan kuatkuasanya sehingga pada 15 Mei 1918, iaitu sebelum baginda berpuspa pada 17 Mei 1918 menjadi Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Sebenarnya, niat hendak berpuspa itu sudah mula dirancang pada tahun 1913, dan sebagai persiapan perpuspaan tersebut, baginda telah mengurniakan gelaran kepada pembesar-pembesar Diraja seperti mengarak Wazir, mengangkat Cheteria, dan menyampiri gelaran menteri yang diperlukan dalam istiadat perpuspaan itu.
Selepas selesai pengurniaan gelaran itu dijalankan, maka Istiadat Berpuspa pun dirancang akan dilakukan pada bulan Ogos 1914, tetapi oleh kerana Perang Dunia Pertama, telah meletus di Eropah pada tahun 1914 di antara German dengan Rusia termasuk British dan sekutu-sekutunya, maka rancangan berpuspa itu pun ditangguhkan buat sementara waktu dan atas nama Raja dan Kepala Kerajaan, baginda telah menghantar kawat (Telegram) ke hadapan majlis His Majesty King George V, melalui Tuan Yang Terutama Pesuruhjaya Tinggi British bagi Brunei untuk menyatakan tanda simpati baginda di atas peperangan yang sedang dihadapi oleh Kerajaan British waktu itu. Kemudian pada tahun 1915, baginda Sultan sekali lagi mengutus kawat ke hadapan majlis His Majesty King George V melalui Tuan Yang Terutama Pesuruhjaya Tinggi British bagi Brunei, mendoakan His Majesty dan rakyat British selamat sejahtera, dan Kerajaan British terhindar daripada bahaya dan malapetaka peperangan. Dan di samping itu bagi menyatakan semangat perpaduan dan setiakawan kepada His Majesty dan Kerajaan British, baginda telah menitahkan masjid-masjid di seluruh negeri Brunei mengadakan sembahyang Hajat, mendoakan His Majesty dan rakyat British dikurniakan keselamatan, serta Tentera British yang berjuang dalam peperangan itu selamat dan beroleh kemenangan. Akhirnya pada 14 November 1918, tersebarlah khabar bahawa Perang Dunia Pertama yang berlaku di Eropah telah berakhir. Bersempena tamatnya Perang Dunia Pertama ini, Sultan Muhammad Jamalul 'Alam II, telah menitahkan supaya diadakan sembahyang hajat di masjid-masjid seluruh negeri bagi menyatakan rasa syukur di atas tamatnya Perang Dunia Pertama tersebut. Kemudian pada 15 November 1918, di Lapau, Bandar Brunei, baginda secara rasmi telah bertitah mengisytiharkan bahawa Perang Dunia Pertama telah tamat, lalu titah tersebut diberigakan kepada orang ramai di Bangunan Pejabat Makhamah. Selepas itu, untuk menyatakan sebesar-besar perasaan syukur dan gembira itu, pada 2 hingga 4 Ogos 1919, beberapa perayaan telah diadakan di Brunei bagi menyambut hari perdamaian Perang Dunia Pertama itu.
Semasa hayatnya baginda telah berkahwin dengan Raja Isteri Pg Anak Siti Fatimah binti Pg Tua Omarali (cicit kepada SOAS II), Raja Buntar, Pg Isteri Tengah, dan Kawang Buntar. Hasil dari perkahwinan-perkahwinan ini baginda mempunyai beberapa zuriat mereka adalah Pg Muda Bongsu, Pg Muda Besar Ahmad Tajuddin, Pg Muda Anum, Pg Muda Laila Gambar, Pg Muda Tengah Omar Ali Saifuddien III, Pg Anak Besar Bagol, Pg Anak Puteri Hjh Besar, Pg Anak Puteri Tengah, Pg Anak Puteri Damit dan Pg Anak Puteri Hjh Tinggal. Pada hayat bagindalah Brunei sudah menjadi sebuah negeri di bawah perlindungan Kerajaan British dengan mengekalkan kedaulatan dalam negerinya tetapi ehwal luar negara di bawah kawalan British. Pada tahun 1906, Brunei menerima suatu lagi langkah perluasan kuasa British apabila kuasa esekutif dipindahkan kepada seorang residen British yang menasihati baginda Sultan dalam semua perkara kecuali yang bersangkut-paut dengan adat istiadat tempatan dan ugama. Residen British pertama pada ketika itu adalah Tuan Malcolm Stewart Hannibal McArthur (Mei 1906). Baginda juga menguatkan pembelajaran Islam di Brunei yang diadakan dalam surau-surau dan masjid. Maka baginda telah berkomitmen untuk membina sebuah masjid di tanah lapang Kg. Sultan Lama di Bandar Brunei. Bagindalah juga memperkuatkan undang-undang Islam di Brunei yang dikenali sebagai Muhammadan Law pada tahun 1912 dan akta perkahwinan dan penceraian juga diperkenalkan pada tahun seterusnya.
Sultan Muhammad Jamalul Alam II, adalah Sultan yang tegas dan mesra rakyat. Baginda sering bercemar duli menemui rakyat yang baginda kasihi, dan selaku Pengerusi Majlis Mesyuarat Negeri pula baginda tetap berangkat menghadiri setiap kali Majlis Mensyuarat Negeri itu diadakan. Sehingga tahun 1924, baginda telah bercemar duli menghadiri persidangan Majlis Mesyuarat Negeri sebanyak 43 kali dan meluluskan sebanyak 33 enakmen baru. Selain berangkat mengadakan lawatan dalam negeri khususnya menemui rakyat dan menunaikan kewajiban selaku Sultan dan Di-Pertuan, pada 21 hingga 23 Jun 1911, baginda diiringi para manteri dan pengiring-pengiring baginda telah berkenan berangkat ke Labuan selama dua hari, untuk menghadiri Festival Perpuspaan His Majesty King George V, yang diadakan di Labuan secara besar-besaran. Di Labuan baginda bersemayam di Rumah Persinggahan Labuan. Menurut catatan Tuan Hervey Chevallier, Pemangku Residen British, keberangkatan baginda ke Labuan ini, merupakan keberangkatan julung-julung kalinya berangkat keluar negeri meninggalkan tanahair.
Sebenarnya, keberangkatan baginda keluar negeri itu selain melihat negeri baharu, baginda juga dapat mendalami pelajaran dan pengalaman yang berguna untuk pembangunan negeri baginda. Demikian juga sepanjang era pemerintahan baginda selama 18 tahun, baginda telah mengalami banyak ragam kehidupan masyarakat dan resam keolahan para kenamaan luar negeri yang datang melawat Brunei seperti para pembesar dan pegawai-pegawai kenamaan dari Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu antaranya Tuan Yang Terutama Sir John Anderson (Pesuruhjaya Tinggi British), Tuan Yang Terutama Charles Brooke (Rajah Sarawak), Tuan Gallagher (Pengarah Pertanian Negeri-Negeri Melayu Bersekutu), Tuan Marriott (Juruaudit Agong Negeri-Negeri Selat), Tuan A.B.C. Francis (Residen Pantai Barat British North Borneo), Tuan G.F. Brooke (Ketua Pegawai Kesihatan Singapura), Tuan Dr. T.C.A. Cleverton Pegawai Perubatan Labuan) dan lain-lain semuanya melihat Brunei sebagai sebuah negeri jauh tertinggal dibanding dengan negeri-negeri lain.
Selain menerima lawatan daripada para kenamaan yang telah disebutkan, pada 10 Mei 1922, baginda Sultan Muhammad Jamalul Alam II telah menerima lawatan kehormat daripada His Royal Highness the Prince of Wales (kemudian King Edward VIII Raja Britain) dan rombongan ke Brunei. Ketika kapal yang membawa His Royal Highness dan rombongan sampai dan berlabuh di Pulau Muara Besar, His Royal Highness dan rombongan telah dialu-alukan oleh Tuan M.E. Sherwood selaku wakil Tuan Terutama Pesuruhjaya Tinggi British dan Tuan L.A. Allen, Residen British, dan dijunjung berangkat masuk ke Sungai Brunei dengan menaiki kapal S.I. McArthur. Pada masa kapal itu sampai di suatu tempat, His Royal Highness telah menerima tembakan penghormatan, dan seterusnya dibawa belayar berkeliling melawat Kampong Ayer. Setelah sampai dan merapat di Jetty Kastam, His Royal Highness disambut oleh baginda dan para Pembesar Diraja dengan penuh penghormatan dan kebesaran Adat Istiadat Diraja, lalu dibawa berangkat ke Lapau. Ketika di Lapau, His Royal Highness, dibawa oleh baginda Sultan bersama-sama bersemayam di atas Singgahsana, dihadiri oleh para pembesar Diraja dan jemputan kenamaan.
Pemerintahan baginda adalah sangat singkat kerana baginda telah mangkat akibat demam malaria yang mengakibatkan baginda serta ahli-ahli kerabat baginda juga mangkat bersama. Baginda telah mangkat pada September 1924 ketika berumur 35 tahun. Kerajaan Brunei telah diambil alih oleh anakanda baginda iaitu Pg Muda Ahmad Tajuddin. Berita kemangkatan baginda disifatkan satu kehilangan besar buat rakyat Brunei dan ahli-ahli residen British termasuk EF Pretty yang ada menyebutkan dalam laporan tahunan 1924 terhadap kehilangan baginda. Dalam laporan itu mengatakan bahawa baginda telah disahkan menghidap penyakit demam Malaria yang disahkan oleh Doktor Cleverton kepada isteri baginda serta anakanda-anakanda. Baginda telah disemadikan di Kubah Makam Diraja Brunei, Jln Tutong bersama ayahanda baginda iaitu Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin.
والله أعلمُ
1906 - 1924 H.H. Sri Paduka Bawah Duli Yang di-Pertuan Sultan Muhammad Jamal ul-Alam II Khair wa ud-din ibni al-Marhum Sri Paduka Bawah Duli Yang di-Pertuan Sultan Hashim Jalil ul-Alam Aqam ud-din, Sultan and Yang di-Pertuan of Brunei Dar us-Salam, KCMG (5.6.1920, CMG 22.6.1914). b. at Istana Kampong Ayer, Brunei Town, 1889, as Paduka Sri Pangiran Muda Bongsu Muhammad Jamal ul-Alam, third son of H.H. Bawah Duli Sri Paduka Sultan Hashim Jalil ul-Alam Akam ud-din ibni al-Marhum Sri Paduka Maulana Sultan Omar ‘Ali Saif ud-din II, Sultan and Yang di-Pertuan of Brunei Dar us-Salam, by his first wife, H.H. Paduka Sri Raja Istri Pangiran Anak Siti Fatima, educ. privately. Succeeded on the death of his father, 10th May 1906. Reigned under a Council of Regency (Majlis Pemangku Raja) until he came of age and was crowned as Yang di-Pertuan at the Courthouse, Brunei Town, 15th May 1918. He established Islamic Law to replace the traditional Brunei Canons, codified laws on marriage and divorce, encouraged modern agriculture and medicine, introduced the first Malay schools, established the Police Force, and oversaw the first explorations for oil. m. (first) H.H. Paduka Sri Raja Istri Pangiran Anak Siti Fatima (d. at Istana Majlis, Brunei Town, 8th March 1947, bur. at the Royal Mausoleum, Jalan Khutbah Makam di-Raja), daughter of Y.M. Pangiran Tua Omar ‘Ali bin Pangiran Pemancha Pangiran Anak Muhammad Salleh, by his wife, Y.A.M. Pangiran Babu Raja Pangiran Anak Tengah, daughter of Y.A.M. Pangiran Maharaja Laila Sahib ul-Kahar Pangiran Anak ‘Abdu’l Kahar bin Pangiran Kerma Indira Pangiran Anak Bahar. m. (second) Y.M. Pangiran Istri Tengah (d. at Istana Majlis, Brunei Town, September 1924, bur. at the Royal Mausoleum, Jalan Khutbah Makam Di-Raja). He d. from malarial fever, at Istana Majlis, Brunei Town, 11th September 1924 (bur. there at the Royal Mausoleum, Jalan Khutbah Makam di-Raja), having had issue, six sons and four daughters:
Sultan Muhammad Jamalul 'Alam II [Sultan Brunei ke-26, 1906-1924]'s Timeline
1889 |
1889
|
||
1890 |
1890
|
||
1902 |
1902
|
||
1910 |
1910
|
||
1913 |
August 22, 1913
|
||
1914 |
September 23, 1914
|
Kampung Sultan Lama, Brunei (Brunei Darussalam)
|
|
1924 |
September 11, 1924
Age 35
|
Istana Majlis, Brunei Town
|
|
???? | |||
???? | |||
???? |