Immediate Family
-
wife
-
daughter
-
wife
-
wife
About Sultan Hashim Jalilul 'Alam Aqamaddin [Sultan Brunei ke-25, 1885-1906]
25. SULTAN HASHIM JALILUL 'ALAM AQAMADDIN (TM 1885-1906)
Baginda adalah Sultan Hashim Jalilul 'Alam Aqamaddin iaitu Sultan Brunei ke-25 [1885-1906]. Baginda merupakan putera kedua kepada Al-Marhum Sultan Omar Ali Saifuddin II dengan pasangan baginda Al-Marhumah Tuan Zaidah binti Pengarah Digadong Tuan Laman. Sebelum ditabalkan menjadi Sultan iaitu pada tahun 1855 baginda diarak menjadi Pg Temenggong Sahibul Bahar. Perkahwinan baginda dengan isteri-isteri baginda menghasilkan beberapa zuriat mereka adalah Pg Muda Besar Pg Omar Ali Saifuddin, Pg Muda Tengah, Pg Muda Bongsu @ Sultan Muhammad Jamalul Alam, Pg Isteri Pg Anak Siti Zubaidah, Pg Anak Abd Momin, Pg Anak Mohammad Salleh, Pg Anak Abdul Razak @ Ajak, Pg Anak Siti Rauyah, Pg Anak Siti Mariam, Pg Digadong Pg Anak Hj Khamis, Pg Anak Safar, Pg Anak Sabtu, Pg Anak Metussin Kula, Pg Anak Saliha, Pg Anak Muhammad Arshad Duman, Pg Anak Ismail Apong, Pg Anak Untong, Pg Anak Jaga @ Mayang, Pg Anak Rabaha, Pg Anak Tuah dan Pg Anak Mahmud. Kemudian setelah beberapa lamanya Sultan Hashim Jalilul 'Alam Aqamaddin merajai takhta Kerajaan, maka bermesyuaratlah Duli Pg Bendahara dan Duli Pg Digadong serta para Cheteria, Manteri dan rakyat Brunei sekalian hendak mempuspakan baginda, serta berdatang sembah menjunjung Pg Anak Muhammad Salleh ibni Pg Maharaja Lela Pg Anak Abd Kahar menantu Pg Pemancha, anakanda saudara baginda juga ipar Duli Pg Digadong diarak menjadi wazir Pg Pemancha. Sebelum baginda mengarak Pg Anak Muhammad Salleh. menjadi Duli Pg Pemancha itu, terlebih dahulu baginda menggelar manteri-manteri yang telah tiada, antaranya baginda telah menyampiri Awg Muhammad Yaakub menjadi Jawatan Dalam Seri Maharaja, dan Awg Osman menjadi Pehin Orang Kaya Laksamana. Setelah sempurna istiadat dan menggelar itu, pada hari yang baik dan saat yang sempurna baginda Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin pun berpuspa mengenai upacara Majlis Adat Istiadat Perpuspaan baginda itu.
Zaman permulaan baginda menerajui Kerajaan Brunei itu, merupakan zaman yang amat sukar dan mencabar, kerana kuasa-kuasa asing seperti Belanda, Sepanyol dan Itali, lebih-lebih lagi para pedagang warga British menaruh harapan yang tinggi untuk mengambil wilayah pesisir Brunei yang kaya dengan bahan-bahan mentahnya. Bagi menengani kuasa-kuasa asing tersebut, baginda mengambil sikap terbuka, iaitu sentiasa menerima dan mengamalkan hubungan berbaik-baik dengan masyarakat luar khususnya dalam menghadapi asakan dan tekanan daripada Syarikat Borneo Utara dan Charles Brooke, kerana kedua-duanya terus merancang pelbagai taktik untuk mendapatkan wilayah pesisir Brunei yang masih ada. Sultan Hashim, ketika masih menjawat jawatan wazir Pg Temenggong adalah regu (pasukan) yang baik dan penyokong kuat kepada pemerintahan Sultan Abdul Momin. Baginda dikatakan oleh William Hood Treacher, bertindak tegas enggan terus memberikan konsesi (pajakan) wilayah kepada mana-mana pihak, sama ada Syarikat Borneo Utara atau pun Charles Brooke, kerana baginda mantap menyokong pengisytiharan 'Amanat' Sultan Abdul Momin tahun 1885 yang memutuskan tidak akan menyerahkan atau memajakkan lagi mana-mana wilayah Brunei kepada pihak asing semata-mata untuk mendapatkan wang pajakan. Dalam pemikiran baginda, andainya wilayah Kesultanan Brunei yang semakin kecil itu berterusan diberikan kepada kuasa asing pasti wilayah Kesultanan Brunei akan lenyap. Semasa baginda menyandang gelaran Pg Temenggong ini pada tahun 1858, baginda telah mengumpulkan askar karah seramai 200 orang penduduk Pengkalan Tarap Limbang untuk menyerang orang-orang Kayan yang telah melakukan kekacauan.
Semasa baginda menjadi Sultan dikatakan baginda sudahpun berumur 60 tahun. Ketika British residen Malcolm Stewart Hannibal McArthur berjumpa baginda pada tahun 1904, beliau mengatakan Sultan Hashim sudah berumur 80an pada ketika itu. Pada zaman mudanya, baginda sangat tegas dan berpikiran diplomatik dalam urusan negara yang mana menurut sumber British, baginda telah dianggap seorang yang licik dan tidak memandang remeh temeh terhadap orang luar terutamanya aktiviti-aktiviti James Brooke yang campur aduk urusan negara Brunei bermula sejak zaman ayahandanya. Semasa baginda menjadi Temenggong, beliau amat popular dan ini diakui sendiri oleh James Brooke. Beliau juga seorang pembesar negara yang bijaksana dan tidak mudah tunduk kepada tekanan Brooke. Sebab itu apabila mengetahui Pg Temenggong Pg Anak Hashim menentang rancangan Brooke untuk mengambil lebih banyak wilayah Brunei, Brooke mula menukar tanggapan daripada positif kepada negatif ke atas dirinya. Dalam tahun 1840an telahpun terjadi zaman beradu kuat pada negara Brunei, iaitu zaman perkelahian di antara kerabat-kerabat baginda dan pada ketika itu baginda yang masih muda lebih-lebih lagi memegang jawatan Pg Temenggong telah ikut bersama mengalahkan mereka. Dengan adanya pertolongan angkatan-angkatan dari Kg. Saba di Kampong Ayer, setentunya baginda yang dijaga rapi oleh Liau Hj Saman dan Liau Hj Badar (pengawal peribadi ayahandanya SOAS II) dalam pertempuran yang berdarah ini. Pada ketika inilah terjadi pembunuhan kerabat-kerabat baginda termasuk Pg Bendahara Pg Muda Hashim ibni Sultan Muhammad Kanzul ‘Alam, Pg Anak Muhammad Yusuf ibni Sultan Muhammad Tajuddin dan Pg Anak Badaruddin ibni Sultan Muhammad Kanzul ‘Alam.
Seperti yang dimaklumi, Sultan Hashim sebelum diangkat menjadi Sultan, baginda bergelar Pg Temenggong Pg Anak Hashim. Baginda telah menaiki takhta Kerajaan menggantikan Sultan ‘Abdul Momin pada 29 Mei 1885. Juga jika mengikut dari catitan dari W.H. Treacher, Pengiran Anak Hashim menjadi Sultan Hashim pada 5 Jun 1885. Oleh kerana jawatan Pg Temenggong tidak diganti, maka dengan sendirinya Daerah Limbang yang menjadi 'Kuripan' Pg Temenggong menjadi hak milik baginda, tetapi bahagian tulin Limbang yang lain menjadi hak Sultan Abdul Momin telah diwarisi oleh Pg Bendahara Pg Anak Muhammad dan Pg Digadong Pg Anak Hasan, kerana mereka itu anak angkat Sultan Abdul Momin. Setelah Charles Brooke masuk ke Daerah Trusan tanpa persetujuan Sultan, Charles Brooke seperti orang yang tidak berdosa telah datang ke Brunei mengadap Sultan Hashim sebagai seorang sahabat yang menghormati pelantikan baginda menjadi Sultan. Di samping itu, dalam pertemuan tersebut, ia juga telah menghadapkan rundingan bagi menyatakan maksudnya mendapatkan Limbang. Rundingan terhadap maksud Charles Brooke itu telah ditolak oleh Sultan Hashim berdasarkan amanat yang telah diwasiatkan oleh Sultan Abdul Momin, tidak akan memajakkan wilayah-wilayah Brunei kepada kuasa-kuasa luar. Charles Brooke sendiri, pura-pura mengalu-alukan keputusan yang dibuat oleh Sultan Hashim itu, tetapi tipu helahnya untuk mendapatkan Limbang masih tetap diteruskannya.
Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin yang sentiasa menerima tekanan dan desakan terhadap penyerahan Limbang itu, telah menghadapkan perkara ini kepada Kerajaan Brunei Queen Victoria untuk meminta penyelesaian. Pada 20 Mei 1887, Sir Frederick Weld, Gabenor Singapura telah diarahkan pergi ke Brunei, untuk menyembahkan kepada Sultan Hashim bahawa Kerajaan Baginda Queen tidak berhajat hendak memaksa penyerahan Limbang. Pada 25 Mei 1887, Sir Frederick Weld telah pergi sendiri ke Limbang menemu-ramah ketua penduduk Limbang yang memberontak itu tanpa melalui Dr. A.K. Leys. Ketika mengadap Sultan Hashim, Sir Frederick Weld juga telah memujuk Sultan Hashim supaya Negeri Brunei bernaung kepada Kerajaan Baginda Queen sebagaimana negeri-negeri di Tanah Melayu. Pada masa lawatan Sir Frederick Weld ke Brunei itu, beliau mendapati bahawa Sultan Hashim dan Pg Bendahara Pg Anak Muhammad tidak menyetujui penyerahan Limbang itu, kerana Sultan Hashim dan Pg Bendahara Pg Anak Muhammad tetap berpegang dan taat kepada amanat yang telah diwasiatkan oleh Sultan Abdul Momin. Pada bulan Jun 1887, Sir Frederick Weld telah mengirim kawat (telegram) ke London untuk menyatakan bahawa keadaan di Brunei dan di Limbang adalah baik, dan dikatakannya juga untuk mengawal keadaan itu adalah mustahak melantik seorang Residen British di Limbang untuk menasihati Sultan Brunei dan memerintah di sana atas nama Sultan Brunei. Brooke dan dinastinya telah menguasai sedikit demi sedikit daerah-daerah Brunei yang di Sarawak. Kemudian dalam tahun 1890 mereka telah merampas Limbang dan memisahkan Brunei kepada dua bahagian. Kisah perampasan ke atas Limbang itu ternyata dalam sepucuk surat Sultan Hashim Jalilul ‘Alam Aqamaddin bertarikh 15 Mei 1903 yang ditujukan kepada Sultan Abdul Hamid ibni Sultan Abdul Majid Khan, Sultan Turki memohon pertolongan baginda mengenai perkara berkenaan. Antara lain isi surat itu: “… boleh menolong akan harapan hamba dan sekalian orang Islam di negeri hamba iaitu Brunei dan sekalian negeri-negeri yang di bawah perintah hamba, hamba suka dan ridha serta ikhlas menyerahkan atas agama Islam kepada Maulana Sultan Al-Mu’azzam dari sebab hamba punya negeri dan agama Islan telah dibinasakan oleh kafir dan satu negeri hamba nama Limbang telah dirampas oleh kafir iaitu Charles Brooke.” Surat yang dikirim oleh baginda itu tidak sampai disembahkan kepada Sultan Abdul Hamid kerana telah dirampas oleh Hewett, Residen Pantai Barat daripada Konsul Agung Turki yang melawat Brunei. Dalam pada itu tekanan terhadap kawasan timur-laut Brunei telah menyebabkan beberapa kawasan tanah yang luas disewakan kepada British North Borneo Company. Kawasan itu kemudian dikenali dengan nama Negeri Sabah.
Keadaan Negeri Brunei telah menjadi sebuah negeri kecil sejak kuasa memerintah Sarawak diberikan kepada James Brooke pada tahun 1842 dan kepada Syarikat Borneo Utara pada tahun 1877. Kuasa yang diberikan itu pula telah diluaskan oleh pihak Borneo di sebelah Barat, dan Syarikat Borneo Utara di sebelah timur dengan mayasar sedikit demi sedikit ke daerah-daerah Brunei yang berhampiran dengan kawasan yang dikuasainya. Oleh kerana tafsiran sempadan yang kurang jelas di dalam satu perjanjian yang ditandatangani itu, maka perkara ini telah dijadikan suatu peluang oleh pihak Brooke untuk meluaskan daerah/kawasan yang dikuasainya itu menurut putar belit dan kehendaknya. Begitu juga telah perjanjian dibuat dengan Baron de Overbeck dan Alfred Dent pada tahun 1877, untuk memajakkan daerah/kawasan itu semakin disasar hingga hampir bertemu gelang dengan sempadan Sarawak. Dahulunya, segala hasil-hasil yang didapati dari wilayah pesisir Brunei yang dibawa oleh para pedagang dan hasil perniagaan Brunei ke pusat Bandar Brunei mempunyai jumlah yang sangat besar kerana itulah Brunei pada waktu itu makmur dan mewah. Tetapi setelah wilayah dan pesisir tersebut terlepas dari kekuasaan Brunei, sedikit demi sedikit kemakmuran yang dinikmati itu menjadi merosot sehingga hasil-hasil yang diperlukan tidak mencukupi. Apa yang diterima oleh Brunei hanyalah bayaran-bayaran hasil tahunan bagi kawasan dan daerah-daerah yang telah dipajakkan kepada Sarawak dan Syarikat Borneo Utara di Sabah. Itu pun hanya sebahagian kecil sahaja daripada hasil sebenarnya yang dapat disembahkan kepada Sultan Hashim, kerana sebahagian besar tanah-tanah yang dipajakkan itu adalah tulin-tulin ahli Kerabat Diraja yang lain. Kemerosotan daripada tekanan ekonomi inilah yang mengakibatkan ramai penduduk Brunei terpaksa membawa diri mencari penghidupan baharu, iaitu ke Sabah dan Sarawak.
Keadaan Sultan Hashim yang sedang mengalami kekurangan belanja untuk Brunei telah dijadikan kesempatan oleh Dr. A.K. Leys untuk menjalankan maksudnya hendak mengambil terus hak kepunyaan Brunei, kerana keadaan itu boleh dijadikan suatu tekanan hebat kepada Sultan Brunei pada masa itu. Memandang kepada kesempatan yang terbuka itu Dr. A.K. Leys telah mengirim kawat melaporkan ke England bahawa Sultan Brunei telah berjanji hendak menyerahkan Limbang kepada Sarawak pada penghujung bulan Oktober 1887 sebanyak $20,000.00 sekiranya baginda tidak menerima sumber kewangan lain sebelum waktu itu. Dari jawatan Kerajaan Baginda Queen Victoria melalui lawatannya, telah memerintahkan supaya melarang melakukan sebarang apa jua penyerahan sehingga satu laporan didapati daripada Sir Frederick Weld terbukti bawa kawat Dr. A.K. Leys itu tidak dipercayai. Dr. A.K. Leys dan A.H. Everett, wakil Raja Brooke yang menekan Sultan Brunei dengan ugut-ugutan itu telah dicela rasmi di dewan orang ramai. Atas larangan dari Kerajaan Baginda Queen itu, Raja Brooke yang ketika itu ada di England, telah terpaksa mengarahkan wakil-wakilnya supaya memberhentikan semua perundingan dengan Sultan Brunei. Dalam perundingan Sir Frederick Weld di England, Kerajaan Baginda Queen telah mengambil keputusan untuk memberikan keizinan penyerahan Limbang yang dimaksudkan itu, jika sekiranya penyerahan itu dibuat dengan sebulat suara daripada Wazir-Wazir dan Cheteria-Cheteria yang berkenaan, termasuk bayaran yang sepatutnya diberikan. Dalam perundingan itu juga menyebutkan bahawa 'Amanat' Al-Marhum Sultan 'Abdul Momin dapat dibatalkan. Tatkala keputusan itu disembahkan kepada Sultan Hashim pada bulan Februari 1888, baginda telah menyatakan dengan tegas keengganan baginda untuk menyerahkan Limbang. Sikap baginda ini telah menjadi kemarahan kepada Charles Brooke. Kerana itu Charles Brooke telah menghantar sepucuk surat kepada Pejabat Hal Ehwal Luar Negeri di London yang menyatakan hanya Sultan Hashim seorang sahaja yang tidak bersetuju dengan penyerahan Limbang itu. Walau bagaimanapun rayuan Charles Brooke itu diendahkan juga.
Adalah diriwayatkan, di Ulu Tembiling termasyhur pula seorang bernama Dang Katijah yang menjadi isteri kepada Wan Ahmad bin Engku Khatib Wan Endut dengan sebutan Puteri Brunei. Berbagai-bagai cerita didapani mengenai Dang Katijah ini, ada mengatakan ia Puteri Raja dan ada juga yang mengatakan Puteri Bendahara. Kedatangan Wan Ahmad ke Brunei pula dikatakan dipanggil oleh Sultan Brunei untuk mengamankan Brunei daripada ganguan penjahat bernama Said dan Saad kerana Wan Ahmad itu seorang yang termasyhur gagah di Pahang, Malaysia. Setelah diselidiki kisah Wan Ahmad dan Dang Katijah ini daripada cucunya Engku Basri bin Engku Saleh ternyata Dang Katijah yang menjadi isteri kepada Wan Ahmad itu adalah anak kepada Encik Muhammad yang menjadi Konsul British di Brunei. Kedatangan Wan Ahmad ke Brunei itu adalah dibawa oleh Mr. M.S.H. Mc Arthur pada bulan Mei 1904 (Mc Arthur ini ditugaskan oleh pihak British untuk menyelidik dan mengkaji Brunei untuk masuk Kolonial British sebelum ditandatangani Perjanjian 1905 dan 1906. Hasil kajiannya termasyhur dengan nama 'Report on Brunei in 1904'. Oleh kerana ia memahami adat dan sifat orang Melayu daripada pengalamannya di negeri-negeri Melayu Bersekutu maka kehadiran Wan Ahmad itu lebih bermaksud sebagai pengawal peribadi dan pembantunya) untuk menemaninya semasa hendak mengadap Sultan Hashim Jalilul 'Alam Aqamaddin dengan maksud untuk memperlihatkan kegagahan Wan Ahmad itu kepada baginda supaya baginda dapat dipengaruhi dan memudahkan maksudnya hendak memujuk baginda mempersetujui maksudnya. Menurut Engku Basri (cucu kepada Wan Ahmad) apabila kegagahan Wan Ahmad itu disembahkan kepada Sultan Hashim Jalilul 'Alam Aqamaddin, baginda telah menitahkan Wan Ahmad menangkap penjahat bernama Said dan Saad yang sudah lama melakukan kejahatan di Brunei. Wan Ahmad meminta tempoh selama tiga hari untuk membuat persediaan. Tindakan Wan Ahmad sedemikian nyata menunjukkan ia merasa takut kerana khuatir dirinya tidak boleh mengalahkan kedua-dua penjahat itu.
Dalam masa membuat persediaan itu dengan takdir Allah Subhanahu wa Ta'ala, teringatlah ia akan keistimewaannya mempunyai alak-alak berbulu berwarna hitam, kerana keistimewaannya itu boleh digunakan untuk menghapi seseorang yang hendak melakukan kejahatan dengan mengatakan kepada orang yang dimaksud supaya berjanji dan bercakap benar di hadapannya. Menurut lazimnya barangsiapa yang membuat perjanjian itu dan ingkar akan menerima padah seperti mati atau lainnya. Setelah tiga hari maka Wan Ahmad pun mengadap dan terus dititahkan menangkap kedua penjahat tersebut. Pada masa ia menjumpai Said dan Saad itu Wan Ahmad telah memberitahu mereka itu bahawa ia (Wan Ahmad) datang ke Brunei dibuang negeri oleh Sultan Pahang kerana terlalu jahat di sana. Mendengar penerangan tersebut Said dan Saad pun memberitahunya yang mereka juga adalah orang jahat dan mengajaknya terus membuat kejahatan. Kemudian mereka memberitahu Wan Ahmad kalau ia menyuruh mereka hendak memenggal kepada Sultan pun boleh mereka melakukannya. Wan Ahmad menasihatkan jangan membuat perkara yang sedemikian itu dan lebih baik bertaubat dan menjadi orang baik-baik. Mendengar nasihat Wan Ahmad itu, dengan izin Allah Subhanahu wa Ta'ala juga mereka berdua itu telah berjanji untuk bertaubat dan bersama-sama mengadap Sultan Hashim Jalilul 'Alam Aqamaddin untuk menjunjung limpah kurnia keampunan daripada baginda. Sebelum mengadap, Wah Ahmad memberitahu mereka supaya mereka membuat pengakuan di hadapannya (Wan Ahmad) dan berjanji tidak akan membuat kejahatan lagi. Setelah mereka membuat pengakuan itu maka Wan Ahmad pun mengadap Sultan Hashim Jalilul 'Alam Aqamaddin untuk menyerahkan mereka yang akan menjunjung ampun itu. Apabila Said dan Saad dititahkan ditahan dalam penjara, maka keduanya pun ingkar. Sungguhpun begitu Saad sempat dimasukkan ke penjara kerana Wan Ahmad telah mengatakan kepadanya bahawa janji mereka yang telah diakad itu boleh dilanggar; tetapi Saad terus melarikan diri dan pulang ke rumahnya. Tidak berapa lama kemudian Saad yang dalam penjara itu pun meninggal dunia, begitu juga Said tetapi mengambil masa yang lama.
Said yang disebutkan ini memang ada di Brunei, tetapi bukan lanun seperti yang difahamkan oleh orang di Pahang. Ia termasyhur jahat dan mempunyai ilmu hitam seperti ilmu pantak, ranggau, pugai dan sebagainya. Pada masa Said ini hendak meninggal dunia dikatakan ia tidak sedarkan diri selama tujuh hari dan keadaannya merayap-rayap seperti seekor binatang, badannya merah dan menggerunkan menyebabkan semua orang dalam rumah itu lari. Apabila perkara ini sampai ke pengetahuan Pehin Datu Prenaha Manteri Radin Haji Abdul Rahman, maka beliau telah memeinta orang kampung yang berhampiran dengan rumah Said ini supaya mengadakan sembahyang hajat beramai-ramai di bakut kepunyaan Pehin Orang Kaya Maharaja Diraja Awang Muhammad Daud. Dengan takdir Allah Subhanahu wa Ta'ala setelah selesai sembahyang hajat itu Said itu pun lemah dan menghembuskan nafas terakhir. Tatkala hendak menyucikan mayatnya sukar pula untuk mendapatkan penggapainya, begitu juga ketika hendak mencari orang yang hendak menyembahyangkannya, kerana apabila orang yang diarahkan menjemput itu sampai di rumah orang yang hendak dijemput pada masa itu juga orang yang dimaksud dikatakan baru sahaja keluar rumah. Pada masa hendak mengebumikan jenazahnya pun menghadapi kesukaran kerana tanah yang digali untuk liangnya itu berbatu. Akhirnya dimasukkan jua ke dalam liang yang kurang sempurna dan apabila mayatnya itu dimasukkan ke liang lahad, berkeliaranlah halipan dalam liang itu, maka mayatnya pun serta merta ditimbus. Setelah kedua-dua penjahat itu meninggal dunia maka Sultan Hashim Jalilul 'Alam Aqamaddin menitahkan Wan Ahmad supaya menetap dan beristeri di Brunei dengan menawarkan puteri baginda sendiri menjadi isterinya, tetapi Wan Ahmad menolak dengan baik tawaran tinggal di Brunei itu kerana ia masih diperlukan di tanahairnya. Tawaran berkahwin dengan puteri baginda itu juga ditolaknya kerana puteri itu mempunyai lubang telinga (untuk subang) yang besar dan sebelumi tu ia pernah berpandangan mata dengan anak perempuan Encik Muhammad, Konsul British di Brunei bernama Dang Katijah yang bukan sahaja mempunyai paras yang cantik rupawan bahkan telinganya juga berlubang kecil. Mendengar sembah Wan Ahmad itu maka baginda telah memperkenankan perkahwinannya dengan Dang Katijah. Akhirnya Dang Katijah itu dibawa balik ke Pahang dan terus diam di Kuala Sad, Ulu Tembiling. Pada masa Wan Ahmad balik ke Pahang, Sultan Hashim Jalilul 'Alam Aqamaddin telah menitahkan 40 orang pengiring menghantarnya ke Pahang dengan sebuah garai.
Pada tahun 1889, baginda telah melantik putera sulung nya iaitu Pg Muda Besar Omar Ali Saifuddin menjadi Pemangku Raja ini kerana untuk memberi kesesuian kepadanya untuk menjadi Yang Di-Pertuan Brunei. Manakala putera kedua kepada baginda iaitu Pg Muda Tengah telah berpindah ke Sabah dan kemudian tinggal di Tawi-Tawi di Filipin. Ketika Brunei menghadapi wabak penyakit cacar (dan ketika itu keadaan negara tidak mengizinkan kerana tidak mempunyai kemudahan fasiliti) maka kesemua kemudahan-kemudahan keperluan perubatan hendaklah di bawa dari Labuan. Malangnya wabak ini telahpun menjejas ahli-ahli kerabat baginda termasuk putera baginda sendiri, Pg Muda Besar Omar Ali Saifuddin pun mangkat serta beberapa-beberapa rakyat Brunei yang lain. Di penghujung hayat baginda semasa baginda gering (sakit), baginda telah menjemput McArthur datang ke istana. Sebaik-baik sahaja datang mengadap, baginda telah bertanya kepada McArthur, apakah setelah baginda lindung Kerajaan British akan benar-benar mempertahankan kewujudan Kesultanan Brunei. Jika demikian titah baginda, bagi memastikan tidak akan wujud sebarang perselisihan dan permusuhan antara kerabat Diraja seperti masa lampau, baginda menyatakan kepada McArthur bahawa baginda menetapkan dan melantik putera baginda Pg Muda Muhammad Jamalul Alam yang masih kecil itu menjadi Sultan apabila baginda lindung.
Sultan Hashim pun telah mengarahkan perintah kepada Pg Muda Tengah untuk balik ke Brunei tetapi pada tahun 1905, Brunei telah menghadapi satu lagi wabak penyakit kolera yang juga menjejaskan kerabat baginda termasuk Pg Muda Tengah. Apabila baginda mangkat pada tahun berikutnya, putera bungsu bagindalah (Pg Muda Bongsu Jamalul Alam) yang dilantik menjadi Sultan Brunei seterusnya. Ketika itu Pg Muda Bongsu masih di bawah umur maka tanggungjawab Sultan telahpun di ambil oleh jagaan Majlis Pemangku Raja (Council of the Regency). Setelah beberapa bulan selepas menandatangani Perjanjian 1905/1906, dengan takdir Allah SWT, Sultan Hashim pun lindung pada hari Khamis 10 Mei 1906. Layuan baginda telah dimakamkan di Kubah Makam Diraja Brunei, Jalan Kubah Makam Diraja, Bandar Seri Begawan.
والله أعلمُ
Berikut adalah huraian Al-Marhum Sultan Hashim Jalilul Aqamaddin, Sultan Brunei ke-25 [1885-1906] yang disediakan oleh Christoper Buyers of Royal Ark.
1885 - 1906 H.H. Sri Paduka Bawah Duli Yang di-Pertuan Sultan Hashim Jalil ul-Alam Akam ud-din ibni al-Marhum Sri Paduka Maulana Sultan Omar ‘Ali Saif ud-din II, Sultan and Yang di-Pertuan of Brunei Dar us-Salam. b. at Istana Kampong Ayer, Sultan Lama, Brunei, 1825, as Pangiran Anak Hashim, youngest son of H.H. Sri Paduka Maulana Sultan Omar ‘Ali Saif ud-din II Jamal ul-Alam ibni al-Marhum Sultan Muhammad Jamal ul-Alam, Sultan of Brunei Dar us-Salam, by his wife, Y.M. Tuan Zaida binti Pengarah di-Gadong Laman Awang Sulaiman educ. privately. Granted the title of Sri Paduka Duli Pangiran Temenggong Sahib ul-Bahar in 1852. Appointed as Heir Apparent and invested with the title of Raja Muda by his cousin, 1881. Proclaimed as ruler on his death, 30th May 1885. Concluded a Protectorate Agreement with the British on 17th September 1888. Concluded a further supplementary treaty on 3rd December 1905, by which Brunei surrendered the conduct of foreign affairs and accepted a British Resident and advisers. Reformed the administration, setting up the first modern departments to administer customs, land, posts, etc. m. (first) ca. 1845, H.H. Paduka Sri Raja Istri Pangiran Anak Siti Fatima, daughter of Y.M. Pangiran Anak Saif ul-Rijal bin Pangiran Temenggong Pangiran Muhammad Yusuf, by his wife, Pian Jamaliah. m. (second) Y.A.M. Pangiran Anak Chandra Kesuma, daughter of Y.A.M. Pangiran Negara Indira. m. (thirdd) ca 1846, a daughter Y.A.M. Pangiran Yusuf. He d. at Istana Kampong Ayer, Sultan Lama, Brunei, 10th May 1906 (bur. there at the Royal Mausoleum, Jalan Khutbah Makam di-Raja),
Known as Pg Temanggong Hashim before ditakhtakan
Sultan Hashim Jalilul 'Alam Aqamaddin [Sultan Brunei ke-25, 1885-1906]'s Timeline
1825 |
1825
|
Brunei (Brunei Darussalam)
|
|
1840 |
1840
|
Brunei (Brunei Darussalam)
|
|
1889 |
1889
|
||
1890 |
1890
|
||
1890
|
|||
1902 |
1902
|
Brunei Town, Brunei (Brunei Darussalam)
|
|
1902
|
|||
1902
|
|||
1906 |
May 10, 1906
Age 81
|
Brunei (Brunei Darussalam)
|
|
???? |