Sultan 'Abdul Jalilul Akbar (Sultan Brunei ke10: 1598-1659)

How are you related to Sultan 'Abdul Jalilul Akbar (Sultan Brunei ke10: 1598-1659)?

Connect to the World Family Tree to find out

Sultan 'Abdul Jalilul Akbar (Sultan Brunei ke10: 1598-1659)'s Geni Profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

Sultan 'Abdul Jalilul Akbar ibni Sultan Muhammad Hassan

Also Known As: "Sultan Adil", "Malikul Adil", "Marhum Tua"
Birthdate:
Death: 1659 (89-91)
Immediate Family:

Son of Sultan Muhammad Hasan [Sultan Brunei ke-9, 1582-1598] and Daughter of Sultan Abdul Ghaffur Muhyidin
Husband of Radin Mas Ayu Siti Aisyah @ Ungku Kaisah binti Pg Temenggong Mancho Negoro; Puteri Raja Brunei and Puteri Bajau
Father of Pg Anak Aliuddin ibni Sultan Abdul Jalilul Akbar; Sultan 'Abdul Jalilul Jabbar (Sultan Brunei ke11: 1659-60); Pg Digadong Raja Damit Shahbuddin; Pg Derma Wangsa Pg Muda Bungsu ibni Sultan Abdul Jalilul Akbar; Raja Omar ibni Sultan Abdul Jalilul Akbar and 9 others
Brother of Raja Putri Tuah binti Sultan Muhammad Hassan and Pengiran Ahmad
Half brother of Sultan Muwallil Wasit-I @ Pg Shahbandar Maharaja Lela ibni Sultan Muhammad Hasan [Sultan Sulu ke-9, 1600-1650]; Sultan Haji Muhammad Ali [Sultan Brunei ke-12, 1660-1661]; Sultan Tengah @ Ibrahim Ali Omar Shah ibni Sultan Muhammad Hasan [Sultan Sarawak ke-1, 1598-1641]; Raja Isteri Pg Anak Puteri Noralam; Raja Putri Tuah binti Sultan Muhammad Hassan and 5 others

Occupation: Sultan Brunei ke 10 1598-1659
Managed by: Private User
Last Updated:

About Sultan 'Abdul Jalilul Akbar (Sultan Brunei ke10: 1598-1659)

10. SULTAN ABDUL JALILUL AKBAR (TM 1598 - 1659)

Baginda adalah Sultan Abdul Jalilul Akbar dan merupakan Sultan Brunei ke-10 [1598-1659] yang terkenal dengan nama Raja Tua dan Malikul Adil. Baginda berayahandakan Al-Marhum Sultan Muhammad Hasan dengan pasangan baginda puteri kepada Sultan Abdul Ghaffur Muhyidin. Disebutkan, melalui surat bertarikh 1599 yang dihantar kepada Don Francisco Tello baginda menulis nama 'Malikul Adil' dan nama ini menurut tradisi lisan adalah merujuk kepada baginda Sultan Abdul Jalilul Akbar. 'Malikul Adil' ini juga telah tertulis di muka depan matawang (duit syiling timah) yang pernah dijumpai di kawasan Subok dan Kota Batu. Ini menunjukkan bahawa matawang itu adalah matawang yang dikeluarkan dalam zaman pemerintahan baginda dan yang terawal dikeluarkan dalam sejarah dan perkembangan mata wang Negara Brunei Darussalam. Pada zaman baginda hubungan Brunei-Sepanyol yang tegang akibat Perang Kastila telah disambung semula. Waktu ini perlabuhan Brunei telah menjadi pelabuhan yang menarik kepada pengembara-pengembara asing seperti Portugis, Belanda dan Inggeris. Semasa hayat baginda Undang-Undang Hukum Kanun Brunei telah sempurna dilaksanakan dan dikuatkuasakan dan baginda juga berwasiat agar puteranya Pg Muda Besar Sulong (menjadi Sultan Abdul Jalilul Jabbar) melaksanakan dan menguatkuasakan Undang-Undang Hukum Kanun Brunei dalam menjalankan pendtadbiran negara. Diriwayatkan, tatkala baginda mulai menaiki takhta itu, adinda baginda, Pg Muda Tengah ibni Sultan Muhammad Hasan nampaknya seakan-akan berkehendakkan juga takhta itu dengan alasan bahawa dia diputerakan pada masa ayahandanya telah menjadi Sultan sedangkan kekandanya dikatakan diputerakan sebelum Sultan Muhammad Hasan menaiki takhta.

Menurut tradisi lisan maksud Pg Muda Tengah hendak menjadi Sultan itu disamarkan dengan cakap gila-gila bahasa, untuk mencari sebab yang boleh menimbulkan sesuatu perselisihan atau retak (latar) mencari belah dengan kekandanya. Disebutkan juga apabila Pg Muda Tengah ini bertemu dengan orang tua-tua yang tahu adat istiadat Diraja Brunei antara lain yang ditanyakannya kepada mereka itu ialah tentang kelayakan ahli waris yang layak menjadi Sultan, sama ada putera gahara Sultan atau putera kepada Pg Muda. Jawapan yang disembahkan kepada pertanyaan itu pada keseluruhannya menyebutkan bahawa waris yang berkelayakan menjadi Sultan adalah putera gahara Sultan. Setelah menerima jawapan sedemikian Pg Muda Tengah pun mengatakan bahawa dirinya yang lebih layak menjadi Sultan kerana dia diputerakan pada masa ayahandanya telah menjadi Sultan, manakala kekandanya Sultan Abdul Jalilul Akbar diputerakan sebelum Sultan Muhammad Hasan menaiki takhta. Sultan Abdul Jalilul Akbar adalah seorang yang bijaksana, cepat faham akan telatah dan maksud adinda baginda itu, tetapi baginda pura-pura tidak mengetahuinya. Di samping itu secara halus bagi mengelakkan berlakunya sesuatu kejadian yang tidak diingini baginda merancang suatu cadangan yang boleh menyelesaikan masalah itu dengan menjadikan adinda baginda itu Sultan di Sarawak, wilayah yang diperintah oleh Brunei pada suatu ketika dahulu.

Dalam zaman pemerintahan baginda ini, iaitu pada 26 Disember 1600 sebuah kapal Belanda diketuai oleh Oliver Van Noort telah singgah di Brunei untuk membaiki kapal dan membeli barang makanan serta mengambil air. Pada masa berlabuh di Pelabuhan Brunei itu, Van Noort telah mengutus seorang Cina yang menjadi jurupandunya mengadap dan menyembahkan hadiah kepada Sultan. Melalui utusan itu Van Noort mengatakan bahawa tujuan kedatangannya ke Brunei itu tidak berniat mengganggu sesiapa hanya ingin bersahabat dan meminta izin baginda Sultan untuk membeli barang-barang makanan dan mengambil air. Pada hari berikutnya, jurupandu yang diutus oleh Van Noort itu telah kembali semula ke kapal dengan seorang pegawai istana dan seorang Cina dari Patani. Mereka memberitahu Van Noort bahawa Sultan kurang percaya dengan pendatang luar lebih-lebih lagi Sepanyol. Seorang Portugis di kapal itu memberitahu mereka yang singgah itu bukan Sepanyol tetapi saudagar Belanda yang hendak berniaga. Menyedari hal tersebut maka pegawai istana itu berjanji akan menyembahkan kepada Sultan hal sebenarnya, dan ia juga meminta kepada Van Noort salah seorang daripada anak buahnya dapat dibawa bersama-samanya mengadap Sultan supaya baginda dapat melihat kesahihannya. Van Noort menyetujuinya dan telah menghantar seorang Belanda yang menjadi orang kepercayaannya dengan membawa dua laras senapang, selaras daripadanya untuk disembahkan kepada Sultan. Misi Belanda ini kurang berjaya, baginda Sultan tetap dengan pendirian baginda kurang mempercayai kepada orang asing berlabuh di Brunei terutama yang berkulit putih seperti orang Sepanyol. Dan untuk mengelakkan sesuatu kejadian yang tidak diingini berlaku maka pada 5 January 1601, Van Noort pun memerintahkan anak kapalnya supaya bertolak meninggalkan Brunei. Dalam lawatan singkat itu, orang Belanda menceritakan bahawa Sultan Brunei pada masa itu masih muda dan baginda dibantu oleh ayahanda saudara baginda (mungkin Pg Digadong Pg Besar Othman ibni Sultan Muhammad Hasan) yang berkuasa terhadap hal-ehwal Brunei. Kenyataan daripada riwayat ini membuktikan bahawa Sultan Brunei pada masa itu ialah Sultan 'Abdul Jalilul Akbar. Mereka juga menceritakan bahawa Pulau Brunei (Borneo) adalah sebuah pulau yang besar di Kepulauan Nusantara (Hindia Belanda). Ibu kotanya terletak di kawasan paya yang digenangi air dinamakan nama yang sama, iaitu Brunei. kalau berjalan dari rumah ke rumah penghuni-penghuninya menggunakan perahu. Di sekitar kawasan itu terdapat antara dua ketiga ratus buah rumah tetapi lebih banyak lagi di kawasan sebelah barat. Penduduknya ramai, kaum lelakinya sangat kuat dan gagah, semuanya terdiri daripada petani dan nelayan. Kalau berpergian ke mana-mana mereka sentiasa membawa senjata seperti tombak dan sumpitan. Dalam bekas upas sumpitan terdapat antara dua hingga tiga puluh damak yang dibubuh racun. Jika damak ini disumpitkan dan mengenai seseorang, tentu orang itu akan mati kerana darahnya bercampur racun. Menurut tradisi lisan pada zaman Sultan 'Abdul Jalilul Akbar ini, Negeri Saludang (Manila) pernah menghantar ufti segantang emas pada tiap-tiap tahun ke Brunei.

Menerusi catatannya yang lain, orang Belanda juga menceritakan bahawa ketika zaman pemerintahan Sultan 'Abdul Jalilul Akbar ini, pelabuhan Brunei besar dan terlindung daripada semua angin kerana ia diliputi oleh beberapa pulau yang ada di muara sungai. Di pelabuhan itu terdapat ramai peniaga-peniaga bersampan membawa buah-buahan, ayam, ikan dan air. Barang-barang itu mereka tukarkan dengan kain. Van Noort mengatakan merea suka kain dari China dan tidak menyukai kain dari Belanda. Brunei tidak mengeluarkan rempah ratus tetapi mempunyai banyak barang makanan. Hasil negerinya antara lain ialah kapur barus (yang terbaik di Nusantara), buah pala, sagu, lilin, berlian dan batu permata. Diceritakan juag oleh mereka (Belanda) pada masa dahulu Sepanyol pernah menakluki Brunei kemudian telah meninggalkannya kerana udaranya tidak sihat dan tidak menguntungkan perniagaan mereka. Disebutkan juga oleh Belanda, penduduk Brunei ramai, mereka yang diam di pesisir pantai berugama Islam. Mereka lebih rela mati daripada makan babi, manakala penduduk pendalaman menyembah patung-patung. Susuk tubuh mereka tagap dan sihat, bijak dan pintar dalam menjalankan sebarang pekerjaan. Mereka pernah belayar hingga ke Pegu (Burma). Senjata mereka terdiri daripada pedang, lembing, belantan, sumpitan dan anak-anak panah yang dibubuh racun. Peniaga-peniaga Cina yang ada di Brunei ketika itu pula bukan berasal dari China tetapi dari Patani yang terletak di pantai Siam dan mereka masih mengamalkan adat istiadat Cina. Diceritakan juga kaum lelaki dan perempuannya berkulit sawo matang. Pakaian mereka tidak sama tetapi terdiri daripada berbagai-bagai fesyen. Mereka semuanya memakai tudung dan dastar. Pembesar-pembesar negaranya terutama kelaurga Diraja memakai pakaian yang dibuat daripada kain yang mahal. Istana mereka cantik diperbuat daripada kayu, dikelilingi oleh tembok batu yang kukuh. Kira-kira dalam tahun 1615, satu utusan daripada Kapten Jeneral Melaka telah datang ke Brunei mengadap Sultan 'Abdul Jalilul Akbar menanyakan utusan Portugis ke Manila yang pernah singgah di Brunei dalma tahun 1608. Dalam perjumpaan itu, baginda Sultan telah menerangkan bahawa utusan itu telak karam di pantai Brunei dan ditawan di suatu tempat. Baginda telah menebus dan membawanya ke Brunei. Semasa di Brunei mereka dipelihara dan diberi perbelanjaan secukupnya. Dijelaskan juga oleh baginda, setelah beberapa lama di Brunei, dengan kapal baginda utusan itu telah belayar ke Manila, tetapi kapal yang membawa mereka itu telah karam dan ramai penumpanya mati lemas.

Sultan Abdul Jalilul Akbar berkahwin dengan anak Raja Brunei, Radin Mas Ayu Siti Aisyah, Puteri Bajau banyak melahirkan beberapa puteri dan puteri. Mereka adalah seperti Pg Muda Besar Abdullah, Raja Omar, Pg Anak Aliuddin, Raja Tengah Aliuddin, Pg Anak Tuah, Raja Bungsu yang menjadi Sultan Muhyiddin, Raja Damit Shahbuddin, Raja Ahmad, Pg Maharaja Laila, Raja Besar, Pg Anak Tinggal, Raja Sari, Raja Ratna, Raja Tengah dan Raja Bungsu. Menurut tradisi lisan Sultan Abdul Jalilul Akbar ini dikatakan seorang Sultan yang sangat tua sehingga baginda terkenal dengan sebutan Marhum Tua tetapi mempunyai ingatan yang kukuh. Semasa baginda hendak lindung baginda sempat memanggil adinda baginda Pg Muda Hj Muhammad Ali, anakanda baginda Pg Muda Besar Sulong, orang-orang besar dan putera-putera baginda yang lain. Dengan suara terang dan fasih baginda bertitah yang baginda hendak menyerahkan takhta kerajaan kepada adinda baginda Pg Muda Hj Muhammad Ali, tetapi setelah cadangan itu ditolak oleh Pg Muda Hj Muhammad Ali maka barulah penyerahan itu ditujukan kepada Pg Muda Besar Sulong yang memang dirancangkan oleh baginda untuk menaiki takhta.

Sesudah menetap ganti baginda itu, baginda sempat juga bertitah kepada anakanda baginda Pg Muda Besar Sulong mengingatkan supaya memerintah dengan adil dan sentiasa bermuafakat dengan segala Wazir-Wazir, Cheteria-Cheteria dan Manteri-Manteri. Baginda juga menyatakan semasa menghukum hendaklah berlaku adil berpandukan Hukum Syarak, dan mengikut peraturan kanun dan resam serta pula jangan cepat murka bila mendengar sesuatu khabar yang kurang baik. Demikian juga dalam sesuatu perkara yang mengandungi pertikaian hendaklah jangan berpihak kepada sanak-saudara melainkan pada jalan yang benar. Selepas baginda menyerahkan Keris Si-Naga (Keris Kerajaan) kepada anakanda baginda, maka tidak beberapa lama kemudian baginda pun lindung ketika berumur kira-kira 91 tahun.

والله أعلمُ