Sultan Bolkiah ( RAJA JARUM/Raja Baginda/Nakhoda Ragam) Baginda naik takhta pada TM 1485. TM 1521, rombongan Ferdinand Magellan dan Antonio Pigafetta melawat Brunei. Pada zaman Baginda, pemerintahan Brunei bukan sahaja meliputi keseluruhan Pulau Borneo seperti Sambas, Tanjungpura, Kota Waringin, Banjarmasin, Pasir, Kutai, Bolongan dan lain–lain bahkan Pulau–Pulau Suluk, Palawan, Keramian hingga Saludang (Luzon) iaitu daerah-daerah yang sekarang dikenali dengan nama Filipina. Zaman pemerintahan Baginda ini dikatakan sebagai zaman keemasan Empayar Brunei. Permaisuri Baginda yang termasyhur bernama Puteri Laila Menchanai. Baginda lindung pada TM 1524, dikatakan kerana cucukan jarum emas yang digunakan oleh Puteri Laila Menchanai semasa menyulam pada waktu Baginda sedang beradu dipangkuan permaisuri itu. Baginda digantikan oleh putera Baginda, Pengiran Muda Tengah ‘Abdul Kahar.
Isteri 1 : Puteri Lela Menchanai -Sulu
Beranak : i. Sultan Abdul Kahar
ii. Pg. Bendahara Pg Muda Besar Muhammad Tajuddin
Isteri 2 : Putri Manila
Beranak: Pengiran Bendahara Sakam (Raja Lontok)
[ menaiki takhta setelah ayahnya ; Sultan Bolkiah menyerang Maynila ]
Pengiran Bendahara Sakam (Raja Lontok)
Beristeri : pemangku raja ratu Tondo
Beranak : RAJA MANILA.