Antara lain sejarah mengenai Panglima Burut adalah beliau merupakan panglima peribadi dan suruhan Sultan Hashim. Kerapatan Sultan Hashim dengan Panglima Daud adalah seperti abang dan adik, sehinggakan rumah Panglima Daud menjadi tempat cacah cabur Sultan Hashim sewaktu zamannya di Kampung Saba Darat. Ini adalah salah satu sebab rumahnya Panglima Daud, anaknya Ghafur dan cucunya Ahmad mempunyai ruang 'Pemajangan' di rumah mereka dikhaskan untuk turunnya raja, serta mempunyai tangga 3 untuk naik ke atasnya.
Panglima Daud juga dipertanggungjawabkan secara rahsia oleh Sultan Hashim sendiri untuk menjadi orang tengah dan pengawal/panglima peribadi Sultan Abdul Momin sehingga akhir hayatnya, untuk meleraikan Sultan Abdul Momin serta keturunannya untuk kembali ke bandar Brunei. Dan ini adalah satu sebab mengapa kuburnya Panglima Daud berada di Pulau Sari Besar, Lawas.
Oleh kerana kesamaran dalam sejarah hidup beliau kerana merupakan agen rahsia kerajaan, maka dengan ini saya ingin melebarkan lagi perbincangan di ruang media massa, jika ada individu-individu di luar sana pernah mendengar sejarah tentang Panglima Daud/Burut.
Saya disini bukan untuk menjatuhkan maruah mana-mana keturunan, kerana objektif saya adalah untuk mengetahui sejarah yang benar yang masih belum terungkai.
Mengikut cerita lisan orang tua, Panglima Daud mempunyai kaitan rapat dengan keluarga Nakoda Kamis iaitu Pengarah Sulaiman/Laman