YM Raja Siti Raja Haji - Siapa anak Raja Siti?

Started by Private User on Tuesday, February 19, 2019
Problem with this page?

Participants:

Profiles Mentioned:

Showing all 2 posts

3) Y.M. Raja Siti binti Raja Haji [Engku Besar] (d/o Raja Fatima). m. at Lawar, Borneo, 1788, Karaeng Taliba Sultan 'Ali [Engku Karaeng Talibak], Datu of Pammana (d. in Sulewesi, 9th February 1822), grandson of Datu-ri Watu. She d. at Penyengat Island, after April 1827, by whom she had issue, an only daughter - see Indonesia (Pammana).

sumber:
http://www.royalark.net/Indonesia/riau4.htm

Sekiranya rujuk ranting dari Raja Siti, bercanggah dengan ranting sedia ada yg mana ada morang Karaeng Talibak ada 3 anak lelaki iaitu Daeng Silawatang, Daeng Salaba dan Daeng Makek. Ada kemungkinan dari isteri yang lain.

Rujuk dapatan di bawah:

JOM BELAJAR SEJARAH:
=====================
Pt Makuaseng diasas oleh LA MAKKUASENG pada tahun 1912. Beliau berasal dari Loa, Wajo'. Membuka pertempatan awal dengan menggali parit sebagai sempadan kawasan yang baru dibuka dan sebagai sumber air utk tanaman buah kelapa. Bagaimanapun pada tahun 1920 dia ke Kuala Tungkal, Riau dan meninggal di sana. Namun, usaha diteruskan oleh LA PARE' BIN DAENG MAPADENG berasal dari La Pabboli, Paria, Wajo'. La Pare' ini adik beradik dengan LA TOMI BIN DAENG MAFADENG - Pt Jabar, Senggarang, Batu Pahat.

Rakan seangkatan LA MAKUASENG ialah seperti DAENG PATIKKEK (Pt Sayang, Benut) dan Wak Jaberek (Pengasas Pt Wak Jabir) . Kedua duanya berasal dari Paria, Wajo'. WAK JABEREK telah meneruskan pembinaan parit hasil usaha terdahulu LA MAKKUASENG dan membuka penempatan kekal namnya terpahat hingga kini, iaitu PT WAK JABIR.

Sebelum itu, HJ DAENG MATTEBBAK BIN LA MALANIUH ARUNGGE DAENG PERANI yang berasal dari Sakke', Loa, Belawa yg lahir pada tahun 1842, telah membuka Tampok pada tahun 1908 (4 tahun lebih muda dari usia penubuhan Kg Pt Makuseng). Sebelum membuka Tampok, Benut, dia telah berhijrah ke Pontianak pada tahun 1885. Tetapi dia berhijrah ke Sibu, Sarawak pada tahun 1893. Pada tahun 1897, dia mengasas Kampung Sungai Bugis, Sanglang, Perlis. Pada tahun 1905, dia mengasas Saggunong, Gelang Patah. Selepas 3 tahun di sana, dia berhijrah dan mengasas pembukaan Tampok pada tahun 1908. Tahun 1932, dia meninggal di Tampok.

Di Tampok Lapis pula, ia diasaskan oleh HJ DAENG MATASEK. Beliau lahir pada tahun 1882 di Pao Pao, Wajo' dan meninggal dunia pada tahun 1952.

Tersebut juga nama nama seangkatan yang membuka penempatan lain sekitar kawasan itu, iaitu seperti DAENG MASIGAH, DAENG PALLAWA, BETTAK (pengasas Kg Pt Betak) dan PETTA ARUNG CIUNG (Pengasas Kg Pt Arcung)era tahun 1920 an.

Mashyurnya org Bugis di era tahun 1920 an terbayang dan terlihat....bila mana wujud kelompok lain membuka kawasan pertempatan lain seperti HJ TALIB BIN HJ DAENG PALLAWA mengasas Pt Bugis, Punggur pada tahun 1918. Juga tersebut nama DAENG PAGALA BIN DAENG PALANGOH - dari SarammaE, Paria, Wajo' telah mengasas Bagan Laut, Rengit pada tahun 1921.

Pada tahun 1923, sudah ada masjid kayu di Benut....kemudian dibina batu dan siap pada tahun 1935. Pengasasnya ialah HJ AMBOK WELLAH BIN HJ DAENG PATOMBONG - selaku pewakaf tanah, HJ DAENG PASARAK, HJ ABD KADIR, HJ DAENG MASSENGNGENG, DAENG HADDADEK BIN KAFITANG LA WALINGA, HJ ABD KARIM BIN DAENG MACENNING, HJ MAKKAH BIN HJ AMBOK WELLAH serta beberapa rakan Bugis yang lain. Bentuk masjid batu pertama ini diambil dari rekaan Turki, iaitu semasa kunjungan mereka ke Turki pada waktu tersebut.

Berbeza di SENGKAWALI, di mana pada tahun 1923, telah wujud satu kesatuan Bugis di panggil sebagai PERSATUAN BUGIS SUNGAI KUALI 1923. Berdaftar secara sah di mana keahliannya hanya dibatasi oleh org Bugis 100% tanpa kacukan bangsa lain. Oleh kerana usia SENGKAWALI lebih tua (1885) dari BENUT (1905), taraf hidup serta kemasyarakatannya lebih maju dan berwibawa. Struktur organisasi Persatuan Bugis tersebut ialah:
1. H. Andi Mori Bin H.Andi Yahya Gilireng - Pengerusi
2. H. Andi Md Saidek Bin Petta Djenrialak La Pucik Gilireng - Timbalan
3. Daeng Nganting Bin Daeng Mabborobg - Bendahari
4. Sheikh Bugis Hadi Bin Daeng Mabborong - S.Usaha
5. Raja Ali Bin Raja Basoķ - AJK

PERSATUAN BUGIS SG KUALI 1923 dibentuk bermatlamat utk menyatukan org Bugis dan membantu sesama mereka bila mana Penghulu Daeng Ahmad Bin Penghulu Daeng Paduk tidak mempunyai waris (anak) meskipun berkahwin sebanyak 2 kali iaitu Indok Bali Bte Hj Daeng Matajang (Benut) dan Rahimah Bte H.Andi Kubek (Singapura). Bermakna, jawatan monarki *PENGHULU* telah berakhir dan digantikan jawatan Ketua Kampung yg dipilih oleh masyarakat.

NAK TAHU TAK BAGAIMANA SG KUALI DAN PT MAKUASENG MEMPUNYAI HUBUNGAN

BEGINI CERITANYA:

Bermula dari Lontara: TAU MANURUNG RI LANGIK.....saya ringkaskan je ye.....maka dari jurai situlah, turun hingga ke PETTA BETTEH TAU MANURUNG RI LANGIK.

Ada 2 orang cahayamata anak iaitu: PETTA LA FABBETTAH ARUNG LA PAGALA dan PETTA LA TASSEBBOK.

Dari PETTA LA FABBETTA ARUNG LA PAGALA (isteri: HJH BESSEK GATTAK). anak anaknya ialah:

1. PENGHULU DAENG PADUK - pengasas membuka kampung Sg Kuali pada tahun 1885. (Isterinya: HJH FATIMAH BTE HJ MUHAMMAD TAHIR BIN HJ DAENG MATTARAH -Singapura). Anak anaknya ialah: HJH INDOK DALLEK (suami: DAENG HADDADEK BIN KAFITANG LA WALINGA), PENGHULU DAENG AHMAD (isteri: 1 - INDOK BALI BIN HJ DAENG MATAJANG dan isteri: 2 - RAHIMAH BTE HJ ANDI KUBEK -Singapura)

2. HJH BESSEK KETENG (suaminya: HJ DAENG MANANGKAH) . Anak anaknya ialah: HJ DAENG PALANRENG (isterinya: HJH MINGGALAH) dan HJH BESSEK MALLAUNAH (suaminya: HJ FANYIWIH)

3. HJH BESSEK CHULAK (suaminya: HJ DAENG MATAJANG). Anak anaknya ialah: INDOK BALI (suami: DAENG HADDADEK BIN KAFITANG LA WALINGA), LA SALANRAK, HJH KABECCEK (suami: HJ MADDUK BIN HJ BASOK MAKKURAGAH), HJ KARIM (isteri: HJH KEITENG), HJ BEDDU (isteri: HJH HAFIFAH) dan HJH CAYYAH (suami: HJ ARUNAH).

4. HJH BESSEK DEWI (suaminya: HJ DAENG PASANNUK) - tiada anak.

Manakala dari jalur PETTA LA TASSEBBOK (isterinya: HJH BESSEK TANAWALI). Anak anaknya ialah:

1. HJ DAENG MANANRANG (isterinya: HJH BESSEK TAJENNEK).Anak anaknya ialah: PETTA SEIPPANG LA MAPPANGEWAH, HJ DAENG MALLASAH, HJH BESSEK MAIMUNAH dan HJH BESSEK DALAH.

2. HJ DAENG MATTARAH (isteri: HJH BESSEK LOSOK). Anak anaknya ialah: HJ DAENG PAWINRUK dan HJ DAENG MANANGKAH

#HJ DAENG PAWINRUK ada 4 org isteri. Mereka ialah:
Isteri: 1 - HJH HINDONG. Anaknya ialah: HJ DAENG PAWERAH dan HJH SALEHA @ Puang Kanah @ HJH DAENG MAKANAH (suami: HJ DAENG TALLEBAR).

Isteri: 2 - HJH BESSEK DALAH . Anaknya ialah : HJH BESSEK TUNNUK (suami : HJ DAENG MARENNU BIN PETTA ARUNG LAUTANG).

Isteri: 3 - HJH BESSEK MARODDANI . Anak anaknya ialah: HJ BILLAK dan Imam HJ SADEK (Imam Masjid Tampok)

Isteri: 4 - HJH FUNNAH . Anak anaknya ialah: HJ KASSIM dan HJ SULAIMANAH.

#Manakala HJ DAENG MANANGKAH (isteri: saya lupa namanya) .Anak anaknya ialah: HJ AMBOK INGTANG, HJ BASOK WELLANG, HJ BASOK REMMANG dan HJ AMBOK SULOH.

As salam, menurut cerita saya dapat Raja Siti ada anak perempuan bernama Tengku Mandak (isteri ke-3) yg berkahwin dgn Sultan Syariff Ali (Siak). Apakah betul?

Showing all 2 posts

Create a free account or login to participate in this discussion