Dato Godam

Started by Private User on Sunday, July 13, 2014
Showing all 8 posts

the translation by google is not very good but then Dato Godam's mother was a dutch lady whose father was Jan Van Groenewegen, was posted at VOC as Dutch Resident in Padang, Western Sumatra in 1662. source as below
http://translate.google.com.sg/translate?hl=en&sl=ms&u=http...

http://ms.m.wikipedia.org/wiki/Dato_Godam

Dato Godam @ Dato Gudam @ Abang Godam @ Raja Umar Bin Datuk Bendahara Harun adalah seorang putera kepada bendahara negeri Pagar Ruyung, Minangkabau yang datang merantau ke Borneo sekitar tahun 1690 – 1710 semasa era pemerintahan Sultan Nasruddin (Sultan Brunei ke-15). Ayah beliau, Datuk Bendahara Harun / Bendaro Harun bin Datuk Bendahara Ismail merupakan anggota “Basa Ampek Balai” yang menjalankan administrasi kerajaan bersama-sama Raja Alam, Raja Adat dan Raja Ibadat. Ibu Dato Godam pula ialah seorang wanita Belanda iaitu anak kepada Jan Van Groenewegen yang ditugaskan di pejabat VOC sebagai Residen Belanda di Padang, Sumatera Barat pada tahun 1662. Datuk Bendahara Harun dikatakan berketurunan Raja Suran yang merupakan dari susur galur Iskandar Zulkarnain.

Dato Godam datang ke Borneo untuk berdagang setelah dipertikaikan pertabalan menjadi pengganti ayahnya kerana ibunya bukan keturunan diraja Minangkabau.

Sampainya di muara Saribas, Borneo (sekarang Sarawak) beliau bertemu Datu Temenggung Kadir iaitu seorang pembesar dari Negara Brunei yang kecewa melarikan diri setelah anaknya diambil Sultan Brunei ketika itu untuk dijadikan gundik. Setelah Dato Godam dan Datu Temenggong Kadir berkenalan, beliau bersetuju untuk membantu mendapatkan kembali anak Datu Temenggong Kadir yang bernama Pengiran Kachi @ Dayang Chi itu.

Setelah berlabuh di Brunei, Dato Godam berjumpa Sultan dan membawa hajatnya berniaga kain. Perwatakannya, cara berpakaian dan adab nya sungguh menarik perhatian Sultan. Barang-barangan berupa kain bermutu tinggi yang dibawa juga amat menarik perhatian Sultan. Dato Godam dijemput ke istana untuk majlis makan-makan. Beliau memberi hadiah kepada Sultan. Sebagai balasan Sultan juga menghadiahkannya beberapa orang gundik, namun kesemuanya ditolak oleh Dato Godam. Setelah beliau terjumpa Dayang Chi, iaitu anak Datu Temenggong Kadir beliau membawanya naik ke kapal untuk melihat barangan yang dijual. Setelah melihat meriam yang dikirimkan oleh ayahnya di dalam kapal, tahulah dia bahawa Dato Godam datang untuk menyelamatkannya. Melalui kebijaksanaan berunding / berdiplomasi dengan Sultan dan pembesar, Dato Godam akhirnya berjaya membawa Dayang Chi keluar dari Brunei terus ke Saribas bertemu ayahnya yang menunggu di sana.

Datu Temenggong Kadir yang sangat gembira, menikahkan anaknya itu dengan Dato Godam. Mereka mendapat dua orang anak, iaitu Dato Bandar Abdul Rahman digelar Menteri Uban dan Dato Said digelar Menteri Puteh.

Dato Godam pula menjalinkan hubungan baik dengan Kerajaan Brunei dan banyak membantu Sultan dalam hal-hal pentadbiran dan ekonomi. Anak beliau, iaitu Menteri Uban menetap di Saribas dan memulakan penempatan melayu di situ. Anak keduanya pula, Menteri Puteh diangkat Sultan Brunei sebagai golongan bangsawan yang membantu mantadbir pemerintahan Sultan bagi membalas jasa Dato Godam di negara tersebut.

Dari keturunan Dato Godam inilah lahirnya keturunan Abang @ perabangan di Saribas Sarawak, melalui anak pertamanya Menteri Uban manakala keturunan Awang Awang Damit di Brunei melalui anak keduanya Menteri Puteh.

And more on Dato Godam & the Syair Saribas here:

http://www.thefreelibrary.com/The+Syair+Saribas+project.-a0113055230

yes! I have that already too. anyway, if needed, "Dato Godam Project" can be made separately from the existing Ali/Hasan Project which is slightly different in nature. However, Dato Godam has already been researched a lot, thanks Erica dear :)

He's my 15th cousin somehow so i want to understand how.:):)

That why it is covered by George J. Homs's project on Jan van Groenewegen, "Orang Kaya Hulubalang Raja" , it is great work by Mr Homs, I must say :))

Thanks! As I suggested in the following project... http://www.geni.com/projects/Padang-Mystery-solved/15353, there must be more to be found in the so-called "daghregisters". I have to check back if these have been digitized over the past year. The digitization of the Jakarta records is a very recent but currently ongoing project - and it should all become available online for free! I'll post back if there is any news!

I cant wait for it! Sounds great Mr Homs, sir!

Showing all 8 posts

Create a free account or login to participate in this discussion